Pantulan 12/15: Memanfaati kesempatan
Azmi Yusoff, lewat “Iqra’”, Al Islam, Julai 1991, muka surat 22 memaknakan faedah pembacaan kepada insan. Seharusnya tiada kerugian sedikitpun amalan ini. Bila-bila pun dan dalam aspek-aspek apa jua. Tetapi lebih menikmatkan kalau pentelaahan membangkitkan kesyukuran tentang limpahan rezeki yang tidak terkira banyaknya. Kemudian timbullah pengibadatan berterusan, dengan matlamat berjumpa-Nya selepas menghabisi tempoh yang dijadualkan di dunia ini. Hakikat yang terpancar dari penelitian itu ialah bahawasanya Allah-lah Yang Maha Agung, “Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
ASKAT: Sangatlah berbahagia sekiranya kita terpandu sampai tergerak menyelidiki apa yang terakam dalam kitab Al-Quran, Hadis Rasulullah s.a.w., tafsiran para ulama, pengkajian para cendekiawan dan setelah memahami semampunya, bertekad tidak mengkesampingkan lagi semua perintah-Nya dan menghindari segala larangan-Nya. Kita akhirnya menjadi insan yang bertaqwa pada saat yang sudah tidak panjang lagi jangkanya untuk kita. Puluhan dekad telah terdampar di kancah kejahilan, ruang yang terbuka, walau sempit merua, diharapkan tidak sekali-kali tersesia. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment