17 September 2013 at 11:26
******
Ya Allah, Ya Tuhan kami
sempena majlis yang tidak sepertinya
di serambi rumahMu ini
majlis meraikan ikatan murni
sebagai suami dan isteri
putera kami, La Hami
dan puteri sahabat kami, Rismayanti
kami hamba-hambaMu,
dengan sepenuh-penuh khusuk dan tawadduk,
menadah tangan bersama-sama
memohon ke hadhiratMu
kami pinta restu perkenanMu
kami pohon limpah kurniaMu
semoga pasangan ini;
La Hami, yang pamitan alam keterunaan dan
isteri beliau, Rismayanti yang melambaikan perpisahan dunia kedaraannya
masing-masing, dengan rahmatMu,
sepakat hati menjalani kehidupan baru
lagi berlainan
tetapi lebih bererti
menjadi insan-insan yang bertanggungjawab
memikul tuntutan asasi manusiawi
semoga mereka berdua
menjadi insan-insan dewasa yang matang
berfikiran bernas dan tajam
tahu mengendalikan urusan penghidupan di dunia
yang penuh dugaan dan cabaran
berkerjaya kekal serta beroleh pendapatan halali berpadanan
demi menyara kehidupan bersuami-isteri
dan keluarga sendiri bakal menyusuli
mengamalkan semua suruhan dan perintahMu
dengan sepenuh-penuh ketakwaan,
bagai selayaknya insan-insan yang soleh dan solehah
tiada terlintas pun sehama ingatan untuk bertindak jahil,
melakukan larangan yang dimurkaiMu
hindarilah semuanya yang demikian,
yang menyesat, merugi, melorong kecacatan anutan
semoga terbenih dan mercup subur kasih sayang
dan kemesraan antara mereka berdua
dalam alam berumahtangga yang baru bermula,
seyogianya berkekalan selama usia
jauhilah pertelingkahan dan ketidaksefahaman
yang boleh mengusutkan jalinan ikatan
yang direstui keluarga mereka berdua,
yakni kami semua
biarlah asam garam perhubungan,
cabaran yang dihadapi mereka semuanya
demi menggembleng jaringan hubungan bermakna,
membawa faedah bersama
walau sezarah sekalipun pengalaman suka duka,
tiada maksud berbeza kecuali tetap menuju ke arah kebaikan,
bukan keburukan yang memporakperanda,
lagi tidak membahagiakan.
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau telah memberi rezeki yang berlimpahruah kepada kami,
sewajarnyalah hasrat kami agar demikian berterusan;
kesihatan dengan keafiatan yang berpanjangan, agar sentiasa dalam kesejahteraan
akal yang cergas dengan melorongkan pemikiran yang memanfaatkan, sepasangan, sekeluarga bakal mendatang, beranak cucu mewariskan zuriat yang dianugerahi Ilahi barakah seketurunan
semoga mereka berdua saling bertolong-tolongan, berkemesraan,
berat sama dipikul, dijinjing sama juga pabila ringan
cekal menghadapi gelumang masalah,
bijak menyelesaikan dengan tabah
berpandu ilmu pengetahuan, iman dipegang,
serta berkat amalan tidak berkeputusan
sentiasa menjauhi segala gejala pembaziran, kemaksiatan,
angkara mereka yang sesat
lupa matlamat muktamad kehidupan.
Ya Allah Tuhan Semesta Alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
tunjukkanlah kepada putera dan puteri kami, La Hami dan Rismayanti, lorong-lorong penghidupan pasangan misali,
suami isteri yang telah mencapai kejayaan di dunia,
dan insyaAllah, di akhirat nanti,
semenjak zaman berzaman;
Mereka itulah teladan
sewajarnya jadi ikutan
jauhilah putera dan puteri kami,
terjerumus ke lembah penghidupan,
mereka yang telah menerima kerugian, keruntuhan
kerana jahil lagi dipandu nafsu tanpa menentu,
tanpa runtunan ilmu dan iman.
Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Pemurah
kabulkanlah doa kami;
La Hami menjadi, suami, bapa, ketua keluarga yang dibina ini, yang sentiasa soleh dilimpahi barakah
Rismayanti menjadi isteri, ibu dan teman sejati sehaluan, yang solehah sentiasa bersama setimbal selangkah
demi keredhaanMu jua.
*******
Kampung Tunku
13 September 2013, Jumaat.

No comments:
Post a Comment