Thursday, 19 September 2013

Reaksi terhadap cerpen "Wajah-wajah Senja"

Senja sangat lazim disajakkan tetapi kurang kerap menjadi tajuk cerpen. Sementelahan melintasi “Wajah-wajah Senja”, karya teman fbku A.F. Yassin, Mastika, Ogos 1984, muka surat 129-133, kupetik aspek-aspek senja yang difokusi beliau (Ahmad Fadzil Yassin). Pak Ucu, bekas anggota polis khas, tinggal di kampung dan memenuhkan masanya dengan mengail. Berusia hampir 60 tahun, beliau diajak berkuli di ibu kota tetapi sedar sendiri tidak lagi bersedia mencabar Kuala Lumpur lalu kembali ke kampung, “kembali asyik dengan kailnya.” Teman fbku mengakhiri cerita dengan, “Apabila senja tiba Pak Ucu pun terkenangkan dirinya yang turut bersama senja, sesudah lama dimakan usia. Dia semakin pasti Kuala Lumpur selama seminggu tidak memerlukan senja mengusik keperkasaannya.”

ASKAT: Benarlah sejak dulu lagi, usia “hampir menjangkau enam puluh tahun”, “…bermisai putih”, dianggap dikelubungi senja. Dari segi pemandangan, senja sentiasa diperlihatkan sudut-sudut keindahan suasana alamnya yang memukau, membuktikan keagungan Ilahi , tetapi bagi manusia, senja adalah peringkat mengingati kedatangan yang pasti. Cerpen ini kusentuhi lantaran ini.

No comments:

Post a Comment