Barangkali tidak sangat tersilap mengambil Tun Perak tokoh pertama disentuh dari kembara pembacaan puisi maya (paparan sebelum ini). Pada hematku, tumpuan terhadap tokoh-tokoh seharusnya berterusan dan hari ini kupilih sajak teman fbku Zurinah Hassan, “Demang Lebar Daun”, dalam “Salasilah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, muka surat 16, selaku wadah bicara tokoh kedua. Lantaran ruang, inilah yang cantik dipetik, iaitu kata-kata Jebat kepada Tuah, ”Demang Lebar Daun menjadikan kita hamba/yang sentiasa menundukkan kepala/ dan menyembunyikan suara”. Dan serangkap lagi, “Tiada siapakah yang ingin menyoal/dari mana Demang mendapat mandat/untuk menurunkan tandatangan/bagi pihak semua rakyat.”
ASKAT: Nasib baik sekarang, ramai orang berpelajaran. Lalu kita bacalah bermacam-macam kajian. Bagi yang berfikiran panjang, tentulah mereka kagum dengan Ali Aziz (Hang Jebat Menderhaka), Kassim Ahmad “dengan seribu Jebat si anak tani”) dan berekoranlah kemudiannya yang lain-lain. Peminat Munsyi Abdullah pun tentu kagum membaca pemerian beliau terhadap kemaharajalelaan yang berlaku di negeri-negeri Melayu yang dilawati beliau pada 1837 (1838?). Yang penting hari ini ialah seperti dilaungkan oleh Jebat, mengikut adunan puisi yang dibicarakan ini. Dan tema sebegini sewajarnya tidak terhenti. Itulah sebab perintian sejarah menyumbang bakti kerana keringkasan kalimat dan rangkapannya sangat bererti, tidak menyerabutkan minda namun sekali gus menyerlahkan intipati lembaran-lembaran lama, yang sebenarnya sakti.

No comments:
Post a Comment