Aku mengaku tanpa silu-malu sangat menyukai sajak Jose Rizal, “Mi Ultimo Adios”. Sebahagian sajak ini boleh dibaca dalam versi terjemahan bahasa Melayu/Indonesia dalam buku Muhammad Yusof Mustafa, “Sampaguita Dari Filipina”, Pustaka Aman Press, 1972, muka surat 337. Sebuah sajak berjudul “Madah Terakhir” ciptaan Rizal termuat dalam “Dewan Sastera”, Ogos 1976, muka surat 26-27, terjemahan Hamdan Yahya.
Hari ini, apabila kumelintasi sajak teman fbku yang tersohor, Zurinah Hassan, “Rizal”, Dewan Masyarakat, September 1969, muka surat 51, aku tambah gembira. Teringat aku saat-saat memijaki tapak-tapak kaki cendekiawan gergasi ini sambil memperkuat kesedaran tentang makna kedaulatan. Sajak Zurinah yang ini bukan untuk ditafsir tetapi untuk dinikmati sendiri-sendiri, dan bernasib baiklah kita, sebenarnya untuk dikagumi. Siapatah yang hendak menafikan kesahan huraian bahawa mengingati Rizal “… adalah pesta restu kasih/lebih gemerlapan dari sejuta bintang/lebih manis dari senyum rambulan/yang mengambang…”. Kemudian bacalah lagi kalimat-kalimat lain mendekati penamat, “Kurenung sepasang mata belum terbuka”, …., “Kurenung mata yang bakal membuka”, lalu tahulah kita bahawa Zurinah mengharapkan seorang yang baru “tiba”, iaitu melalui seruan, “genggamlah perjuangan berbenteng waja/sebagai seorang RIZAL!” agar demikian juga, pada suatu masa yang pasti menjelang datang.
ASKAT: Siapapun yang pernah membaca riwayat Rizal, menelaah karya-karya beliau, dan menghayatinya tidak akan gagal menanam satu kesan yang melambangkan bahawa perjuangan dan pengorbanan legenda ini tersangat unggul, tidak samasekali sia-sia, menjadi warisan. Bahawa jasmaninya boleh ditimbus tetapi semangat dan cita-cita luhurnya untuk membebaskan negara yang terbelenggu tidak boleh terhapus. Tambah lagi, semua yang diperjuangkan beliau tersulam dalam karya-karya yang tidak akan usang, dihembus-hembus terselak bersama helaian-helaian usia zaman mengilhami seluruh putera-puteri watan.
— at Fort Santiago, Intramuros

No comments:
Post a Comment