Pantulan 89/14: Tragedi
Sesiapa yang meminati atau pernah menonton Ramvong tentu terhenti lalu meneliti, demi mengulangi menikmati sekali lagi Ramvong versi Rudi Mahmood, melalui sajak “Ramvong 2”, Dewan Sastera, Januari 1989, muka surat 18. Yang kupernah lihat, para penarinya, muda-muda. Gerak-geri mereka, apalagi yang gadis atau wanita, lembut menawan, merangsangkan. Tidak pula terfikir untuk membayangkan kedukacitaan hasil menonton seni budaya ini. Tetapi Rudi, lebih mengerti. Dalam persembahan demikian ada rahsia terbongkar. Ternyata, ada tekanan ke atas penari Ramvong, apabila kian berusia, daya tarikannya tidak lagi seberapa. Yang asal popular tentu berusaha agar kekal terkenal. Tetapi apakan daya, hakikat menguasai, takkan selama-lamanya dipuja bahkan lenyap sendiri. Dan benarlah, “…menerima/peruntukan tua ini, dia seperti tarian yang mengikut /rentak.” Ya, tragedi terjadi pada akhirnya, kerana manusia tidak mampu bertahan pada takah yang sama. Lambat-laun yang tetap berlaku, mendatangi tanpa terhindari lagi.
ASKAT: Membaca sajak sekali gus seakan membaca cerpen bukan tidak menghiburkan. Tetapi hampir tiada cerpen akan merupa menjadi sajak. (Bolehkah saya perkenalkan ‘sajpen’?) Aku perasan, Rudi menggemblengkan, dua genre ini dengan cekatan dan aku mendapat kepuasan kerana ‘cerpen’nya sepenuhnya berciri sajak dan menjelma sebagai sajak sejati! Bermaknawi. Ia menuntut tafsiran sewajarnya pula; suatu ciri utama sebuah puisi yang lantaran itu dihargai.
terima kasih atas resensi singkat tapi penuh bermakna
ReplyDeleteterima kasih atas resensi singkat tapi penuh bermakna
ReplyDeletesorotan yang memberi semangat.Terima kasih Dato
ReplyDeletesorotan yang memberi semangat.Terima kasih Dato
ReplyDelete