Teringat
beberapa lagu jabatan-jabatan kerajaan menggunakan lirik yang ku susun. Supaya tidak pupus diingatan ku nyatakan dengan jelas; lagu
Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu, “Nadi Pembangunan” (1991); Pejabat Kemajuan
Negeri Pulau Pinang, “Jiwa Pembangunan” (1992); dan Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, “Wawasan UPP” (1996). Semoga lagu-lagu itu terus dilagukan, sungguhpun aku telah tiada lagi bersama mereka.
Demikian pula, sajak-sajak
yang pernah dideklamasikan, setakat yang dapat ku ingat ialah: “Mantera Menterap Mutu” (1991) dalam satu
malam perpisahan tahun 2001; “Penghormatan” (1992) pada tahun 1993, sempena
majlis perpisahan seorang ketua; “Pertukaran” (1998) ketika bertukar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; “Selamat Tinggal”
(2004) semasa meninggalkan Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA; “ “PERDA Baru” (2005) dalam sesi Perancangan Strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM; "Kepergian" (2005) ketika berpindah dari ‘ICU,JPM’ ke JPA; “Bahasa Meniti Abad” (2007) di Sarawak ketika
menjadi ALP (Ahli Lembaga Pengelola) DBP, waktu majlis Makan Malam; “Sebuih Perjuangan” (2007) pada sambutan BBSN di Terengganu anjuran DBP; “Tiga
Dekad, Tiga Tahun, Tiga Bulan, Tiga Minggu, Tiga Hari: Selembar Memori” (2007)
sempena persaraan wajib dari perkhidmatan awam; “Cekap, Saksama, Peka” (2003) menyerikan majlis
keraian JPA; “Doa PKN” (1996) setiap minggu dibacakan di kalangan staf sebelum
mulai bertugas; juga, dengan ubahsuaian, dibaca di Perhimpunan Bulanan
JPA; Teringat juga di INTAN, Bukit Kiara
sajakku “INTAN” (2007) terpapar di dinding bangunan Blok Pentadbiran dan di kulit luar belakang Buletin INTAN. Sebagai makluman "Penghargaan" dan “Memori Akhir Khidmat” (2000) telah di‘frame’kan dan menjadi cenderamata kepada dua orang ketua yang berkenaan sempena majlis meraikan persaraan masing-masing.
Aku tidak lupa juga, pihak DBP meraikan beberapa orang kami yang tamat tempoh menjadi ALP, pada Malam Gemala
Budi, di Hotel Istana pada 22 November 2008. Aku gegarkan malam permai dan santai itu dengan “Mengenang Bahasaku”; pada Malam Palestine pada 5 Februari 2009 di Dewan
Budaya DBP, atas jemputan, dan dengan sebai
bintik-bintik di leher, ku syahdukan khalayak dengan “Mentafakur Firman”; pada malam
yang ramai dan ceria-ceriang “JPA 75 Tahun” ku deklamasikan “Nakhoda Bahtera
Insani” (2009); Sajak ini telah diabadikan
dalam buku “Meniti Sejarah Merintis Kejayaan, Menyusuri Jejak 75 Tahun JPA”
(2010, cetakan kedua); ketika berbengkel di Langkawi pada 2010 mengetuai SPA,
ku tutup rasmi majlis dengan “Amanah Seri Paduka” dan satu sajak panjang ku
deklamasikan sempena persaraan selaku Timbalan
Pengerusi SPA di Merriot Hotel, Putrajaya pada 15 Mei 2011 berjudul “Selamat Tinggal
SPA – Selautan Budi Segunung Ingatan”. Begitulah,
sekadar catatan!
No comments:
Post a Comment