Saturday, 22 December 2012

Pantun Meminang di Chini



         Dalam majlis meminang di Chini, Pekan pada 22 Disember 2012, sebagai menyambut pelawaan pihak keluarga perempuan, aku lontarkan pepantun ini demi mentradisikan majlis bersejarah bagi anak lelakiku:  

Bertolak dari Petaling Jaya
Kenderaan banyak  bersesak-sesakan  
Rombongan kami semua bersaudara
Berkunjung mari menjalin ikatan

Patin Temerloh biakan petani
Berenang hilir ke Kuala Pekan
Datang jauh hasratnya tinggi
Melebihi puncak Gunung Tahan

Tasik Cini  saujana pandangan
Menyinsing cahaya sang mentari
Teruna sunyi  hantarkan utusan
Menyunting dara rupawan bestari

         Bersyukurlah kami pihak keluarga perempuan menyetujui pinangan. Sebagai penutup pula, ku ungkapkan pepantun berikut: 

Ladang sawit seluas lautan
Ternakan biak kambing dan lembu
Gembiranya kami dengar keputusan
Demikian gerangan jejaka perindu

Sawah padi kerbau berkubang
Kolam cetek ikan bermain  
Sudah rasmi pasangan bertunang
Doakan bahagia bertakhta di pelamin   

Unggun api cahaya terang
Agas banyak terbang menderu
Mohon kami berangkat pulang
Genap hari kembali bertemu

No comments:

Post a Comment