Saya menulis satu pemerhatian ringkas dalam lamam Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa dan ulasan yang sama telah mengilhamkan saya untuk menggubah sajak berikut:.
Kembara
Bahasa Sepi
Iktibari Ibn
Batutta
kembaranya abadi
para pentelaah mutakhir
subur mencerna
mutiara karya
biarlah kembara
bahasa
cermin tekad semua
seiring perjuangan asali
bukan merituali pembaziran
tanpa sedar warga di
pinggiran
ingkar mengendahkan
tegar sisih pendaulatan
Tanpa upacara hingar
seangkatan sewatan menyaingi
martabatkan bahasa
duniawi
secanggih strategi
seteguh realiti berdikari
mengungguli situasi
gembleng dokongan
kian kabur fakta
dironai nostalgia karenah
sejarah
demi serbaneka cabaran
di hadapan
Hakikatnya
bahasa penjati diri
hayatnya sekiraan jejari
tepisan bagaikan
agasan
walaupun termaktub
sekadar menghiasi
helaian pembuktian
saat jaya perjuangan
moyang
serapuh embun pagi
pengembara pun
menyepi
jejejaknya disempadani
ASKAT
Petaling Jaya
1 Disember 2012
No comments:
Post a Comment