Daripada beberapa teman yang menyapa di lembaran pustaka, kupilih tanpa prasangka, yang sedang semasa dan menggema di maya, Rudi Mahmood dengan sajak menggodanya, “Catatan Musim Kemarau”, Dewan Sastera, Julai 1980, muka surat 40. Aku menyusun jari memohon restu campur kemaafan, hanya untuk menyalin sebagai ingatan; “sekali lagi kalau adapun/puisi juga yang kering/serapah apapun/puisi juga yang kering/lalang sebenarnya bukan basah.” Boleh saja kalau mahu kugantikan yang setara dari kalimat-kalimat yang ada. Tetapi, ‘kan ini telah pada!
ASKAT: Ini suatu puisi yang berturap kecantikan bertompok-tompok, namun sekali gus merata, dan ia terang tak bergantung pemerian atau penghuraian berjela. Demikianlah jua intipatinya. Kuteguk semuanya. Ia menyira, secorak yang lazim kuladeni. Inilah sajak. Biarkan apapun maksud di sebalik kata-kata pencipta, di sini di sana, awal mula akhir sudahnya. Jika kukuh tabir erti, kelabu yang membelai, ulang berulang, sebegitulah seharusnya. Singgahan biarkan lama, tanda karya tiada alang kepalang dirona, bak kata asal ada! Aku tidak akan menyelak lagi. Kendati terhenti, lagi-lagi mendamba, agar kembali. Akan kucari lagi sambil menyendiri, dari hari ke hari.
No comments:
Post a Comment