Fragmen Memoir – Balik kampung (7)
Kerja-kerja yang ‘membebankan’ itu seolah-olahnya tidak bermusim. Ia hampir sepanjang tahun. Dari setahun ke setahun. Pada tiga tahun pertama pengendaliannya berbeza berbanding selepasnya. Isu pelanjutan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa di kalangan pegawai yang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat adalah kerap lagi memenatkan. Untuk memperakukan sama ada permohonan lanjutan kemudahan itu diluluskan atau sebaliknya mengambil masa yang tidak sedikit. Aku perlu meneliti kajian dan perakuan penolongku. Hampir setiap fail yang sampai di meja perlu kajian yang berlainan. Masing-masing dengan pekuliaritinya. Proses ini disusuli dengan penulisan minit bebas atau analisis diangkat untuk pertimbangan Timbalan Pengarah. Satu demi satu fail diselesaikan secara berasingan. Bergilir-gilir. Itulah stail pengurusan tempoh awalan selama aku di situ.
No comments:
Post a Comment