Saturday, 4 June 2016

(Fragmen Memoir - Tak jadi (2), sambungan)

(Fragmen Memoir - Tak jadi (2), sambungan)
Masa berlalu sedangkan tarikh persaraan penyandang jawatan berkenaan di Kementerian Pendidikan mendekati. Berita pemergian yang dibisikkan kepadaku dahulu itu tidak berkembang subur seperti kuharapkan. Anehnya ura-ura aku ke sana memang diketahui kerana Dato' Dr. ARI pun pernah bertanyaku tarikh melaporkan diri. Beliau menunggu-nunggu kerana dia memang bercadang memberi taklimat penyerahan tugas kepada penggantinya. Aku mulai waswas.
Akhirnya terjadilah. Rupa-rupanya pertukaran itu tidak melibatkanku. Sebaliknya seorang pegawai lain yang sebaya, Datin J binti K, menerima perintah pertukaran dan beliaulah sebenar-benarnya mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Personel dan Organisasi), Kementerian Pendidikan Gred Utama B itu mulai 1 Julai 2004. Mengenali beliau dan mengetahui latar belakang kerjayanya, kukira Kementerian Pendidikan tidaklah akan terasa rugi mendapat perkhidmatan pegawai berkenaan sebagai penyandang baru jawatan penting itu.
(Saya selitkan keratan akhbar Utusan Malaysia (Portal Pendidikan Utusan ), 7 Februari 2003, muka 2, bagi menghiasi cerita agar bertepatan konteksnya).

No comments:

Post a Comment