Wednesday, 16 August 2017

Pantun Berperibahasa

Selaut mutiara azimat
800 pantun terukir mahir
meruntun hati menguja berfikir
pahatan ingatan bersinar terzahir
terbalas daif menyamai mungkir
Terima kasih setulus hati kepada tuan Mohd Abdullah (Hilmi Rindu). Wassalam.
Satu lagi, sambil menghayati karya asal, 

Sekadar cuba menyumbang serangkap,
Senduduk merimbun lebat berbuah,
hinggap burung kerana terpikat; 

duduk-duduk pun biar berfaedah, 
sesubur ubi kian bermanfaat.


Hari minggu riang beraya,

Handai sahabat jauh dan dekat;
Hentikan dirimu menyumbang sesia 
Bagai melepas anjing terlekat.

Hari ini pula, satu simpulan bahasa,
Celagi pohon berdahan
ramuan aneka masakan 

selagi usia dikurnia Tuhan 
ada jalan persia jangan.
Saya lapangkan masa untuk mengarang serangkap lagi,
Tanah berbaja pohonan subur,
tinggal di desa restu berterusan; 

asam garam hidup biar berbaur,
tiada sesia memandu perjuangan.
Tidak tertahan menyambung aliran ilham, 

Berat memikul rastali berbungkus, 

hidangan pelengkap merenjis mempelai;
angkat bakul sesekali harus, 
persepsikan peribadi di mata penilai.

No comments:

Post a Comment