Rapuh 11
Mulai 13 Mac 2018, semua pembelian di Pekanbuku tidak lagi dikendalikan menggunakan mesin bayaran berkomputer. Maka tiadalah diperolehi resit pembayaran yang mengandungi senarai lengkap buku-buku yang ditransaksikan seperti dalam semua pembelian terdahulu. Sebagai ganti, sistem manual digunakan. Staf yang bertugas akan menulis ringkasan judul-judul buku yang dibeli dan ditil lain menggunakan resit-resit biasa yang lazimnya boleh dibeli di kedai-kedai alatulis. Namun, resit-resit ini akan dicop dengan cop rasmi “Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad”. Jumlah pembelian tidaklah terjumlah secara automatik. Penjumlahannya dilakukan secara manual menggunakan calculator.
Hari terakhir aku berkunjung ke Pekanbuku (setakat ini) ialah 4 April 2018. Dengan menolak hari-hari cuti, juga beberapa hari yang lain, kehadiranku di Pekanbuku hampir-hampir setiap hari (5 hari dalam seminggu, berminggu-minggu berterusan). Ini bermakna resit-resit pembelian dari keghairahan yang tidak putus-putus itu berhelaian banyaknya.
Sedikit keterangan pembelian, sebagai contoh, kuperturunkan seperti berikut:
1. 13 Mac dua resit membabitkan 25 buah buku (RM373.75+RM548.90).
2. 14 Mac, enam resit membabitkan 85 buah buku (RM392.20+RM10+RM231.55+RM375.20+RM587.20+RM614.00+RM282.95+(satu resit berasingan melibatkan 16 buah novel yang setiap satu ditawarkan dengan RM2 menjadikan jumlah tercatat di resit ini RM32.00).
3. 15 Mac, tiga resit melibatkan 38 buah buku (RM796.10+RM695.30+RM364.35) dan satu resit lain khusus untuk lima buah novel RM2 sebuah (=RM10.00).
4. 16 Mac, tiga resit membabitkan pembelian 23 buah buku 5 set novel, (RM160.25+RM801.90+RM50.00).
5. 17 dan 18 Mac hari Sabtu dan Ahad.
6. 19 Mac, lima resit melibatkan pembelian 61 buah buku (RM1012.60+RM497.50+RM1091.25+RM1014.20+RM54.00).
7. 20 Mac, tiga resit pembelian 26 buah buku (sekali gus berjumlah RM1695.40) dan 16 buah buku tawaran istimewa RM2 sebuah = RM32.00.
8. 20 Mac ini juga, pada sebelah petang, membeli di jualan buku Times di Putrajaya melibatkan 15 buah buku berharga RM185.31.
Demikian sebahagian pembelian pada tarikh-tarikh yang dinyatakan.
(Nota: Aku balik kampung ke Kota Bharu pada hari Khamis, 22 Mac dan selama di sana tertangguhlah berkunjung ke Pekanbuku. Pengkisahan tentang transaksi buku di Kota Bharu telah aku rakamkan dalam Rapuh 10 (bertarikh 31 Mac 2018).
No comments:
Post a Comment