Saturday, 1 September 2018

Rapuh (3)

Rapuh (3)
Aku membayar harga buku-buku carian hari ini. Nilanya tidaklah sebanyak harga asal. Diskaun yang diberi dikira lumayan. Kalau tidak kerana itu, tidak upaya diangkut berbondong-bondong.
“Besok, silalah datang lagi. Ajaklah Datin sama”. Din Kesyier Pekanbuku menjemput.
“Selagi dibuka, saya datang. Insya-Allah.”
Aku tidak mahu terlepas peluang mencari dan memiliki buku-buku untuk koleksiku. Tentu buku-buku bidang pilihanku dapat ditemui. Pekanbuku bukan calang-calang kedai. Stoknya banyak dan mencakupi pelbagai bidang. Banyak buku ilmiah dan akademik, juga yang tidak, tersusun di rak-raknya. Seorang pengumpul buku sepertiku tidak boleh berharap menjumpai kedai buku yang lebih baik.
Aku menyukai Sejarah. Pekanbuku ada menawarkan. Tentang sejarah-sejarah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain. Malah tentang Asia, Amerika, Eropah dan lain-lain. Pun, buku-buku bidang-bidang bacaan ketika masih berjawatan dahulu pun teratur kemas - buku-buku ekonomi, kewangan, politik, sosial, nyatakan saja, boleh ditemui. Ia tetap melamarku memperolehinya.
Begitu juga, aku tidak pula mengabaikan buku-buku keagamaan. Banyak sungguh pilihan; sama ada akademik mahu pun popular. Di samping itu, seperti puluhan tahun yang sudah-sudah, aku tetap tidak ketepikan buku-buku kesusasteraan; kreatif dan non-kreatif. Tak cukup yang dalam bahasa Melayu, yang berbahasa Inggeris pun digeledah sama.
Buku-buku itu banyak. Banyak yang perlu dipegang. Sepintas lalu harus ditinjau. Pandangan orang lain kena diketahui. Kerapnya, belek sahaja berkenan.
Buku-buku undang-undang, pengurusan, pentadbiran awam, pendidikan, biografi, perjalanan/kembara, dan, percaya atau tidak, buku-buku teks peringkat sekolah pun aku sambar sama.
Lalu banyaklah kumasukkan ke troli. Tanpa troli akan bermasalah. Buku-buku terpilih itu bertambah bilangannya, berat untuk dikelek dari satu rak ke satu rak. Sebab, sambil bergerak sambil pula menambah bilangan buku.
Untuk mendapat setroli buku, dua jam perlu kuluangkan. Kalau lebih pun tak terasa. Bertuahnya, masa tidak jadi masalah. Orang pencen, apalah sangat dibimbangkan? Kalau buku bukan teman seharian, sehari terasa cukup lama berlalu. Dengan buku disekeliling seakan masih bekerja seperti lebih sepuluh tahun dahulu. Masa berlalu tak terasa. Ia malah seakan lebih cepat meluncur. Mentari terbenam terasa cepat mendatangi. Sedangkan hakikatnya, banyak buku hendak dibelek. ‘Kerja’ kena berterusan. Ada sesuatu perlu dirakamkan. Ada projek peribadi masih tersasar. Aku mesti menghindarkan ia hanyut. Ia tidak harus hanya menjadi angan-angan.
Tetapi, masalahnya, koleksi yang sedia ada sedikit baru terusik. Itu pun secara sipi-sipi. Tentulah timbunan buku tambahan baru akan menggawat keadaan. Masa yang lebih panjang harus ada untuk meneliti. Projek tidak boleh muncul di depan mata. Tanpa usaha. Pembacaan tidak boleh terhenti, catatan pun kena dibuat, penulisan harus dimulakan. Seharusnya, sudah ada kerangka. Lebih baik, pada setiap judul projek sudah ada halaman pertama, atau sebahagian isi kandungannya telah tertulis.
Rutinnya, hari ini bertukar menjadi kelmarin. Hari-hari yang dahulu pergi telah kian lama menjauh. Esok datang bersama fajar sambil menuntut projek direalisasikan. Sedangkan buku-buku setiap hari, ya, setiap hari berdatangan. Dan halaman-halaman pertama setiap projek tetap masih pada peringkat awal. Atau, belum mula!
Dan usiaku berlalu bergemblengan dengan belekan-belekan sumber koleksi. Ia belum menampakkan kemungkinan akan terhenti. Hampir dua bulan kebelakangan penambahan koleksi lebih menjadi-jadi.
Dan, setiap hari, hari ini, besok, dan kemudian yang bakal menyusuli, menjelmakan cabaran yang entah bila pula akan kutangani agar situasi bertukar. Biar benar-benar menuju hasrat yang tersemat di hati.
Comments
Datuk Jaafar Abdul Rahim buka ke lagi datuk?
Manage
LikeShow More Reactions
Reply26w
Ahmad Said Sudah tutup, mulai 1Mac.
Manage
LikeShow More Reactions
Reply26w
Ahmad David Kholilurrahman Tutup habis atau tutup pindah tempat dan kedai?
Manage
LikeShow More Reactions
Reply26w
Ahmad Said Tutup terus.
Manage
LikeShow More Reactions
Reply26w
Datuk Jaafar Abdul Rahim kelmarin dulu saya ada kesana.dapatlah borong sikit
Manage
LikeShow More Reactions
Reply26w
Hajah Zaiton Haji Ajamain Alhamdulillah. Jarang dah jumpa Datuk di FB. Saya sedang mencari Syair Siti Zubaidah. Teringat mama bersyair....
Manage
LikeShow More Reactions
Reply26w
Ahmad Said Suatu rakaman pembelian awal, tanpa diskaun, suatu masa setahun dua yang lalu di Pekanbuku.
Manage
LikeShow More Reactions
Reply25w
Saad Noordin Usaha Dato amat bernelai...Tak hilang dalam khazanah...
Manage
LikeShow More Reactions
Reply24w
Isahak Haron Nanti saya nak datang Pekanbuku UM. Kerap juga saya singgah bila di UM.
Manage
LikeShow More Reactions
Reply24w
Ahmad Said Harus pergi segera.Banyak lagi buku-buku tentang pendidikan terperusuk dalam kotak-kotak.

No comments:

Post a Comment