Wednesday, 30 December 2015

Berapa harga dan nilai Dewan Sastera?

Berapa harga dan nilai Dewan Sastera?
44 tahun (1971-2015) = RM1815.70
Dewan Sastera, naskhah sulung Januari 1971 terbit setebal 60 halaman, berharga 50 sen. Ia mengibarkan “Peneroka Sastra Kreatif” mengiringi namanya. Pada Januari 1974, dengan ketebalan yang sama harganya meningkat 80 sen. Harga ini kekal sehingga keluaran Ogos 1977. Keluaran Disember 1977, berhalaman 76 kerana termasuk sisipan “DBP 21 Tahun 1957-1977” setebal 22 halaman tetapi harganya tetap 80 sen. Harga ini berubah mulai keluaran September 1978 bernilai $1.00.
Keluaran 1 Februari 1981 khas menyambut 10 tahun dan berharga $2.40 setebal 120 halaman. Keluaran ini menggandingkan bulan-bulan Januari/Februari.(Dipamerkan). Mulai bulan Mac 1981 harga Dewan Sastera ialah $1.20. Mulai Januari 1982, Dewan Sastera berharga $1.50 dengan ketebalan 76 halaman. Mulai tahun 1984 halaman Dewan Sastera menjadi 80 tetapi harganya tetap $1.50. Mulai tahun 1985 halaman Dewan Sastera menjadi 96 dengan harganya $2.50.
Mulai Januari 1985 (1/85), slogan “Peneroka Sastera Kreatif” digugurkan. Dewan Sastera terbit tanpa slogan. Mulai Januari 1991, Dewan Sastera berharga M$3.00. Mulai April 1994, harga Dewan Sastera menjadi RM4.50.
Pada penutup abad ke-20, Edisi Khas Dewan Sastera, Disember 1999 berhalaman 130. Kalau diambil kira sisipan Lembaran Mastera, 32 halaman maka pada bulan berkenaan jumlah halaman semua sekali ialah 162. Inilah Dewan Sastera Sastera yang paling tebal. Harganya ialah RM4.50.
Memasuki Alaf Baru, Dewan Sastera mulai berslogan “Penjana Sastera Global” dan berhalaman 98 muka surat, berharga RM4.50. Keluaran Ogos 2000 dan Disember 2000 ditambah dengan Lembaran Mastera, 32 halaman dan “Mekar Sastera” 16 halaman. Segmen “Mekar Sastera” bermula dalam Dewan Sastera, Ogos 2000, setebal 16 halaman disusuli setiap bulan kemudian. Statusnya serupa bagi tahun-tahun 2001, 2002 dan 2003. Dewan Sastera 2004, berhalaman 98 muka surat, berharga RM4.50 senaskhah sepanjang tahun. Dewan Sastera, 2005 sepanjang tahun berharga RM4.50 sebulan. Tebal halaman semuanya 98 muka surat. Majalah Dewan Sastera, Disember 2006, berhalaman 98, berharga RM4.50.
Pada Januari 2007, Penjana Sastra Global ini berhalaman 128 dan Lembaran Masteranya tetap 32 halaman (RM7.50, tetapi pada Februari hingga November menjadi RM6.50, dan RM7.50 bagi kedua-dua bulan Ogos dan Disember). Naskhah April 2008, setebal 128 + 32 halaman Lembaran Mastera ke-20, berharga RM7.50; naskhah Ogos 2008 setebal 132 halaman dan ditambah lagi 32 halaman Lembaran Mastera Ke-21 setebal 32 halaman berharga RM7.50. Harga-harga dalam tahun 2008, bagi Oktober dan Disember ialah RM6.00, Mei, Jun, Julai September, ialah RM6.50.
Tiada lagi motto “Penjana Sastera Global” mengiringi Dewan Sastera, Januari 2009. Harga mulai Julai tahun 2009, meningkat RM7.00 tentulah kerana Lembaran Mastera, 32 halaman. Naskhah 2012, berharga RM6.00 dengan halamannya sama iaitu 96. Naskhah Ogos 2013, berharga RM6.50, setebal 96 halaman dengan Lembaran Mastera (keluaran ke-30) 32 halaman. Naskhah Disember 2013, tetap berharga RM6.00. Halaman biasanya setebal 96 dan Lembaran Mastera tetap 32. Pada Disember 2014, majalah tanpa slogan ini berhalaman 96, dengan harga RM6.00 termasuk bulan-bulan lain, kecuali bagi Julai dan November berharga RM6.50.
Bagi tahun 2015, setakat ini hanya keluaran bulan Jun 2015 berharga RM6.50 berbanding bulan-bulan lain RM6.00. Ini disebabkan Lembaran Mastera 32 halaman, sedangkan jumlah halaman biasa tidak berubah.
Comments
Mohd Sabri Ibrahim As'salam, tahniah! dan syabas! Dtk, pengumpul DS yang amat dibanggakan. Alhamdulillah
Nawawee Mohammad Maklumat amat berguna, Datok.
Ashnone Jay ....sebagai budak sekolah pada tahun 1971 , 72 saya meminati DS pada era awal penerbitannya..ia dimuat dgn karya2 kreatif sajak dan cerpen oleh sasterawan2 ternama pada masa itu, selain dari dihias dgn sketsa oleh Mohas, Hassan Majid dan Along..serta rekabentuk kulitnya yg menarik menjadikan DS sebagai sebuah majalah sastera yg ulung...
Ahmad Said Pada tahun 1971, saya sudah menjadi mahasiswa dan dengan harga begitu mampu sendiri membelinya. Ia menjadi sebahagian kawan setia mengulit kesendirian. Dan hingga kini, kami tetap akrab dalam persaraan.
Ahmad Said
Write a reply...
Ahmad Said Dewan Sastera, Januari 2001 agak bersejarah kerana ia merayakan 30 tahun usianya. Naskhah ini disertai “Sisipan Khas” setebal 96 halaman. Ini bermakna ketebalan sebenarnya ialah 194 halaman (tidak termasuk halaman-halaman kulit). Maka ternyatalah kelu...See More
LikeReply28 October at 10:04
Zulkifli Salleh Terbit masa saya Ketua Editor dan editornya, Rosninah.
Ahmad Said Yang saya ambil perhatian, dalam rencana Zul, “Dua Majalah Dua Benua” (Sisipan Khas, muka surat 79) dinyatakan edaran Dewan Sastera ialah antara 7000 – 9000 setiap bulan, sedangkan Norza, “Sejarah Perkembangan Dewan Sastera” (Sisipan Khas, muka surat ...See More
LikeReply18 October at 11:30
Zulkifli Salleh Ahmad Said Saya agak rendah, Dato'.
Ahmad Said Saya teringat dalam satu forum sastera di Istana Budaya, seorang peserta (bekas tokoh besar DBP) bangun mengulas persoalan. Saya, memberi perhatian senyap-senyap, kata-kata beliau yang menyentuh edaran majalah-majalah DBP (lebih kurang dua tahun yang lepas) yang sekitar atau tidak mencapai 5000 naskhah.
LikeReply18 October at 12:32Edited
Ahmad Said
Write a reply...
Azmi Yusoff Dulu cetakan DS pernah 15000. Sekarang x tahu.
Nawawee Mohammad Mohon pihak berkenaan di DBP tidak mengubah saiz majalah terbitannya sewenang-wenang. Ia akan menyusahkan peminat, kerana majalah berkenaan akan dijilid berdasarkan tahun terbit. Jika mahu tampilkan wajah dan saiz baru, mulakan terbitan Januari.
Ahmad Said Melintasi, Wawancara khas, Norzeha Kasbi (sidang pengarang) dengan Datuk Dr. Usman Awang, tentang kelahiran Dewan Sastera seperti termuat dalam, “Karya”, Bil. 1, Oktober 1997, muka surat 26-27. Selain beliau, beberapa nama yang sangat berperanan dala...See More

No comments:

Post a Comment