Tuesday, 29 December 2015

Puisi Kemerdekaan

Kelainan
Sengaja menampakkan. Dalam Dewan Sastera, Ogos 2005, daripada 9 buah, “Puisi Bulan Ini”, tiada sebuah pun menyentuh ‘kemerdekaan’. Sepuluh tahun kemudian, ruangan “Puisi Bulan Ini”, Dewan Sastera, Ogos 2015, memuatkan 8 buah puisi bertemakan ‘kemerdekaan’ daripada 11 buah puisi yang terpilih.
Kalau hendak lebih ditil, sajak-sajak bertemakan kemerdekaan dalam Dewan Sastera, keluaran Ogos ialah: 2000 (1 buah - “Di Bawah Kolong Langit Merdeka” oleh Ammi Manja), 2002 (3 – “Rimba Tercinta”, “Langsir Merdeka” dan “Bendera Maruah” semuanya “Puisi Khas” oleh A. Samad Said), 2006 (2 – “Balada Merdeka” oleh Peter Augustine Goh; “Mengenangmu Malaysia Aku Pingin Menangis” oleh Marzuki Ali), 2007 ( 5 - “Kemerdekaan Ke-50” oleh Ahmad Sarju; “Kitalah Pewarisnya” oleh Rejab F.I.; “Benarlah Merdeka” oleh Solihin Osman; “Buana Merdeka” oleh Chai Loon Guan; “Negeri Bertuah Ini” oleh A. Latif Talib), 2008 (tiada), 2012 ( 2 - “Nyanyian Anak Bangsa” oleh Amiruddin Ali; “Erti Sebuah Kemerdekaan” oleh Rejab F.I.), 2013 (tiada), 2014 ( 2 – “Gema Merdeka Dalam Jiwa” oleh (Daeng Daengramliakil) Daeng Ramliakil; “Di sini Aku Berdiri” oleh Shapiai Muhammad Ramly).
Saya juga mengambil sedikit masa menyelak-nyelak, lembaran majalah-majalah Dewan Budaya, Dewan Bahasa, dan Pelita Bahasa keluaran bulan Ogos untuk beberapa tahun. Tidak banyak puisi bertemakan kemerdekaan disiarkan. Dalam Dewan Budaya, Ogos 2005, ada “Gurindam Anak Wawasan” oleh Izani H.D.; Ogos 2007 ada “Gurindam 50 Tahun Merdeka Malaysia” oleh Marzuki Ali, puisi khas “Di Lantai Tanah Berbudi Ini” oleh Lim Swee Tin; Ogos 2011, sajak “Bagai Kambing Menanduk Bukit” oleh Umi Ammar. Dewan Budaya, Ogos 2008 dan 2012 tiada memuatkan perkara yang sama.
Satu yang menarik, terserempak rencana patriotik oleh teman lamaku,Malim Ghozali Pk, “Memaknakan Bangsa yang Merdeka”, Dewan Budaya, Ogos 2007, muka surat 15-19. Aku syorkan sesiapa yang hendak bercakap tentang sejarah dan kemerdekaan bangsa Melayu khususnya menyedari perspektif seperti dianalisis beliau. Sekadar merangsang, saya petik kalimat terakhir beliau, “Nenek moyang kita tidak pernah menggadaikan maruah bangsanya, apa lagi menyerahkan kedaulatan tanah bertuah yang tercinta ini untuk dijajah oleh Inggeris.”

No comments:

Post a Comment