Wednesday, 30 December 2015

Buku Kembara

Buku Kembara
Buku perjalanan yang pertama dalam bahasa Melayu ditulis oleh Ahmad Rijaluddin anak Hakim Long Fakir Kandu. Judul bukunya ialah Hikayat Perintah Negeri Benggala. Perjalanan itu dilakukan pada tahun 1810 ke Culcutta. Buku tersebut tersimpan di British Library dan dikaji oleh Skinner dan diterbitkan di Belanda pada tahun 1982. Sebahagian kandungan buku itu dipetik, (Lihat, Belham K., “Jauh Perjalanan Banyak Pemandangan” (Agenda Bahasa), Dewan Bahasa, Mei 2004, muka surat 21-25).
Comments
Ahmad Said Pemerian tentang kurang keprihatinan terhadap sejarah, dokumen-dokumen dan yang seumpamanya di kalangan orang-orang Melayu berbanding dengan orang-orang Barat disentuh dalam rencana Wan Mohd. Mahyiddin, “Tradisi Yang Mementingkan Sejarah”, (Esei Budaya), Dewan Budaya, Januari 1983, muka surat 38-40. Beliau ada menyebut antara lain Suma Oriental oleh Tome Pires, pengarang-pengarang Barbosa, Valentijn, de Eredia, Munsyi Abdullah, Raja Ali Haji, Ibrahim Yaakob, Yunus Hamidi, Ishak Haji Muhammad, Buyong Adil, dan A. Samad Ahmad.

No comments:

Post a Comment