Tuesday, 29 December 2015

Pantulan 40/15: Sajak Siti Zainon Ismail “Suaraku Sedingin Musim Salju”

Pantulan 40/15: Oh Nusantara
Salah satu judul buku yang mencuri pandanganku pada awal pagi tadi ialah, “Alangkah Indahnya Salju”, (Antologi Pemenang Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Pelbagai Kaum 1”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, cetakan kedua (cetakan pertama, 2003).
Dan amat kebetulan pula, dalam belekan rutin Dewan Sastera hari ini, melintaslah aku, “Puisi Pilihan”, Dewan Sastera, Februari 2004 yang memuatkan lima buah sajak yang agak panjang, setiap satunya, karya teman fbku yang tak henti-hentinya berkarya, Profesor Dr. Siti Zainon Ismail. Aku memilih “Suaraku Sedingin Musim Salju”, demi mencungkil kelainan latar bersajak penyair-penyair tropika. Dan tidaklah aku tersalah pilih, kerana sajak ini merakamkan keluhan rasa seorang sarjana yang amat cinta terhadap kesusasteraan Nusantara, Boris Parnikel, oleh penyajak yang terbukti cekatan.
Bahawa melalui karya-karya cipta agung yang mengumpulkan khazanah kreativiti dan intelektual bangsa, bukan sahaja anak-anak bangsa yang mendapat manfaat bahkan seluruh dunia meraehnya sama. Telah terbukti, kita sendiri banyak mempelajari dan mentafsir makna terpendam karya-karya warisan setelah mengkaji penelitian cendekiawan yang jauh di lautan seberang. Sudah kita ketahui, bahan-bahan manuskrip kesusasteraan dan keagamaan menjadi koleksi di perpustakaan-perpustakaan di merata-rata dan sampai kini ia tak habis-habis dikunjungi demi menggali mutiara peradaban zaman sebelum kita dibelenggu penjajahan. Mujurlah kita tidak sentiasa dirundung malang. Sajak ini adalah kenangan berbaur kehangatan terhadap persuratan nenek moyang kita zaman silam.
Para sarjana itu, bahkan telah menjadi pembantu-pembantu yang dihormati dan dikagumi kerana kedalaman ilmu dan keberhargaan sumbangan mereka yang tidak ternafikan. Betapa kesalnya, sarjana ini apabila tidak mampu lagi menyambut mesra penuh beracara rakan-rakan sebidang pengkhususan yang datang bertanya khabar, oleh sebab usia telah tidak lagi mengizinkan. Tetapi dalam ketakupayaan oleh ragutan usia, temanku menghasilkan kalimat bererti yang menepati tentang pendirian para ilmuan handalan, “cinta kasihku tetap bersemi di hati”. Sungguhlah, kita yang perlu mengeluh, kerana kita sendiri tidak mendukung tinggi khazanah minda bangsa.
Comments
Siti Zainon Ismail Ya Datuk Ahmad Said

Antara sarjanao yg pernah menangis bila tiba di Tanah Melayu.beliau menangis juga ketika saya tiba di Moskow 2003 , kerana sudah uzur tidak dpt turun lif
UnlikeReply115 August at 16:06Edited
Siti Zainon Ismail Datuk, Prof Boris Parnikel dpt dihubungi dgn telefon ketika saya tiba bulan Feb-Mac 2003. Sisa musim dingin masih bertaburan serpihan salju.Beliau menangis tidak dpt turun dari flat suaranya menggigil:" tongkat ku entah di mana, saya tidak dpt turun......See More
Siti Zainon Ismail Terima kasih Datuk... Komentar yg bersahaja, memang dapatbmendorong pembaca muda dan berkenal dgn pengkaji sarjana asing yg menyelongkar khazanah Melayu.

No comments:

Post a Comment