Administrative Service Zaman Terjajah
Bahawa diumumkan pengambilan 8 orang pelatih-pelatih Pegawai-pegawai Melayu (Administrative Serrvice) pada tahun 1940. Mereka yang bakal dipilih, terdiri daripada pemegang Senior Cambridge, empat daripada MCKK dan empat lagi daripada mana-mana sekolah Inggeris dalam Negeri-negeri Persekutuan. Calon-calon ini perlu menduduki peperiksaan sehari, diadakan pada 22 April [1940] di Bilik Majlis Mesyuarat Federal, Kuala Lumpur dan di Malay College, Kuala Kangsar.
Penulis rencana ini menyuarakan pandangan beliau,
“... di masa yang telah lalu dikatakan [Lembaga Memilih Pegawai-pegawai Melayu] menggunakan kaedah atau peraturan memilih pelatih-pelatih itu ada agak senget sebelah.
... ... Adapun yang menyebabkan demikian tidak asing tidak bukan ialah di pihak ahli jemaah itu mempunyai tabiat dan berpengaruh pandang-memandang yang boleh dikatakan tidak dengan pandangan keadilan. Bukanlah pandangan mereka itu sumbang sahaja hanya pada keadaan darjah kemahiran pelatih-pelatih itu di dalam peperiksaan tetapi ialah juga dipandang sumbang hingga pada tubuh sifatnya, darjah kedudukan kehidupannya, bahkan dari mana asal datangnya sama ada asal kedatangan ibu bapanya dan lain-lain lagi.”
(Lihat, Sinmim’ain, “Lembaga Memilih Pelatih-pelatih Pegawai-pegawai Melayu”, (Pilihan dengan timbangan yang seksama sangat dikehendaki), Utusan Zaman, Tahun 1, Bilangan 24, 13 April 1940=5 Rabiulawal 1359, muka 23-24).
2M Jusoff Taib and Jaafar Yaacob
Comments
Melintasi, Abdul Rahim Kajai, “Riwayat Baru Dari Jawatan Malayan Civil Service – Teroka Bagi Ramai?”, Majlis, 18 Ogos 1932, dalam Abdul Latiff Abu Bakar, 1984. “Abdul Rahim Kajai Wartawan dan Sasterawan Melayu”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama, muka surat 351-353.
Satu contoh perkhidmatan M.A.S. ialah seperti dialami oleh Ishak Haji Muhammad. Beliau digalakkan memasuki perkhidmatan M.A.S. (Malay Administrative Service) selepas berjaya dalam peperiksaan Senior Cambridge pada 1929. Ada kekosongan 3 jawatan dan 43 calon telah menduduki “Competitive Exam”. Mereka yang berjaya ialah Ishak, Baharudin bin Alang Abdul Shukur (anak seorang pembesar negeri Perak), dan Mohamad Baba dari Selangor. Mereka menjalani latihan Pegawai Pelatih Melayu (probationary) di MCKK pada Jun 1930 selama satu tahun. Ishak ketika itu berusia 21 tahun. Apabila tamat latihan Ishak ditempatkan sebagai Probationary Malay Officer di Pejabat Daerah Temerloh. Selepas setahun di Temerloh, Ishak ditukarkan ke Pejabat Daerah Bentong sebagai Deputy Assistant District Officer serentak diwartakan sebagai Magistret Kelas III dan Pemungut Hasil Tanah. Tiga bulan kemudian Ishak ditukarkan ke Pejabat Daerah Kecil Rembau (hampir setahun) dan kemudian Magistret Kelas III di Kuala Lumpur (18 bulan). Pada awal 1935 Ishak meletakkan jawatan, iaitu setelah bekerja selama hampir empat tahun. (Rujukan: Abdul Latiff Abu Bakar, “Ishak Haji Muhammad Penulis dan Ahli Politik sehingga 1948”, Penerbit Universiti Malaya, muka surat 12-16).
No comments:
Post a Comment