Thursday, 31 December 2020

 Rambutan

Sebuah kereta Toyota Vios hitam mengekori hampir di belakang. Aku memberi lampu isyarat untuk membelok ke kanan. Alat kawalan jauh kutekan. Lalu terbukalah pintu pagar. Kubawakan Kelisa ke garaj. Sebaik meletakkan ke tempat biasanya enjinnya dimatikan. Pintu pagar kusegera kawali tutup.
Kereta Vios itu berhenti di hadapan pintu pagar. Tiba-tiba pemandu kereta Vios keluar lalu melangkah berani ke gerigi pagar. Dia seorang wanita muda 30-an berseluar pendek. Dia bertanya terus:
“Pak Cik, you jual ke rambutan ni? Sebutannya jelas telor. Dia menunjukkan pokok rambutan yang sedang menyerlahkan kuning kemerahan di pekarangan hadapan rumahku. Memang kepada pelalu-lalang, tompokan-tompokan warna-warni buah itu menarik perhatian. Sesiapa pun tentu terlior melihatnya.
“Tidak”, kataku. Dia jelas kecewa. “Tapi kalau you 'ndak boleh I berikan. Nanti I ambi galah.” Tidak mahu aku dianggap kedekut walaupun kepada orang yang tidak dikenali.
“Terima kasih ye!”
Dengan pakaian yang masih lengkap dan tampan, malah bersongkok aku membawa galah ke luar pagar.
Dahan-dahan yang mejolor keluar pun lebat berbuah. Empat lima tangkai kukait dan buahnya jatuh bertaburan. Setangkai rambutan banyak juga buahnya. Kalau sebanyak yang dikait itu tentulah memadai melepas gian.
Wanita berseluar hot itu mengutipnya.
Apabila dia sudah nyata berpuas hati dengan jumlah rambutan yang telah dikait, aku tetap bermurah hati.
“Nanti ye! I ambil satu tangkai lagi.” Mungkin di fikirannya aku ingin memberi bonus sempena hujung minggu.
“Oh, terima kasih.”
Dia lantas membuka boot kereta. Satu beg pasaraya sederhana besar diambilnya. Kami sama-sama memasukkan rambutan itu ke dalamnya.
Benar-benar dia riang ceria. Ringan mulutnya berterima kasih. Wanita itu kemudian berlalu pergi. Aku gembira dapat menjayakan hasratnya untuk merasa rambutan itu.
Memang rambutanku masih lebat di pokok. Itupun selepas musang dan tupai mencurinya setiap malam. Kalau aku dan isteri berdua sahaja memakannya, pastilah banyak yang membazir. Menjadi kehitaman warnanya di pokok. Lama-lama semua akan gugur satu demi satu.
Dan di belakang rumah ada lagi sepokok yang lain.
Image may contain: plant, tree, flower, outdoor and nature
La Hami Bin Ahmad, Hajah Zaiton Haji Ajamain and 36 others
3 comments
Like
Comment
Share

Comments

No comments:

Post a Comment