Tuesday, 29 December 2020

Beraya dengan sasterawan (2): Malap haluan
Sempena Aidilfitri, Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Tunku menganjurkan majlis sambutan pada Ahad, 30 Jun 2019 di Dewan Serbagunanya, pukul 5 petang hingga 9 malam. Aku yang bersendirian hadir, kebetulan oleh keuzuran isteri, meraikan bersama-sama para ahli kariah yang lain. Masing-masing pada meja-meja dan juadah-juadah pilihan yang disediakan.
Pukul 6.30 petang, ketika akan selesai menikmati juadah, Dr. A. Wahab Ali, yang sekariah, tiba berseorangan membawa piring berisi makanan, lalu duduk di sebelahku, di kerusi yang telah lebih awal dikosongkan. Pada kebiasaannya, Dr. Wahab kutemui di masjid ketika waktu-waktu solat fardu tertentu dan solat-solat jenazah dari semasa ke semasa. Walaupun sekariah, pertemuan kami selama ini lebih sekadar bersalam, berselisih laluan, bertanya khabar sambil lalu atau berupa percakapan ringan tanpa fokus.
Aku teringat belum lama lagi berlalu, Dr. Wahab kehilangan isteri yang meninggal dunia setelah lama mengidapi sakit tertentu. Aku termasuk salah seorang ahli-ahli kariah berkesempatan bersolat jenazah berjemaah di masjid mendoakan roh Allahyarham.
Sambil menjamu selera, kami berbual-bual. Tidak seperti pertemuan biasa, di majlis hari ini, perbualan kami sedikit khusus. Tentulah disebabkan masa kami tidak terikat atau dikawal oleh suasana , seperti yang biasanya terjadi dalam dewan solat, tempat yang syahdu, tempat setiap orang para jemaah lebih memfokusi ibadat.
Aku bertanyakan kegiatan beliau yang mutakhir – dari segi penglibatan profesional, atau aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pengkhususan atau kemahiran peribadi. Daripada jawapannya dapatlah diketahui status semasanya. Tokoh ini memberitahu, beliau bersara wajib, ketika itu, apabila mencapai usia 55 tahun. Walaupun berkhidmat sebagai staf akademik Universiti Malaya, ketika itu sebenarnya beliau menyandang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda.
Selepas bersara, beliau berkhidmat secara kontrak sebagai Pensyarah di UPSI selama empat tahun. Kemudian, beliau dilantik sebagai Sarjana Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia dari setahun ke setahun. Pada umur 69 tahun dia sudah tidak berjawatan lagi.
Dr. Wahab telah masuk 78 tahun sekarang. Ini bermakna beliau 10 tahun lebih tua berbandingku. Gangguan kesihatan sudah pun bermula beberapa tahun kebelakangan, katanya. Kini, beliau mampu berulang-alik sendiri berkereta sejarak Kampung Tunku dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya sahaja. Sekali gus membayangkan tumpuan dan keutamaan mutakhir beliau.
Dr. Wahab memberitahu, semalam beliau menghadiri Sambutan Hari Raya anjuran Alumnai UPSI di Tanjong Malim. Untuk ke sana dia menumpang kereta kawannya. Sambutan tersebut tidaklah semeriah mana, katanya. Mungkin disebabkan banyak majlis sambutan hari raya di sana-sini dianjurkan.
Menyentuh status kesusasteraan, teringat pendapat beliau, bahawa bidang ini telah tidak semeriah dahulu lagi. Bagaimanakah bidang ini hendak dibina kembali sedangkan masalah pengangguran sudah pun dialami bahkan oleh para siswazah berkelulusan kejuruteraan? Benar-benar kini kesusasteraan sudah tidak terpandang lagi. Seakan kesal, beliau meluahkan, “Kalau menulis pun orang tidak membacanya. Generasi sekarang lebih membaca apa yang mereka mahu melalui media sosial.”
Senja melanjut. Dr. Wahab bangkit pergi mengambil juadah-juadah lain pula. Seleraku pula sudah tepu. Wajarnya begitu kerana lebih awal datang di majlis itu. Sebaik beliau muncul semula dan menyertai kumpulan lain di meja sebelah aku memberi isyarat kepadanya lalu beredar pulang. Waktu Maghrib bakal menjelang.
Image may contain: Ahmad Said, standing
La Hami Bin Ahmad, Zulkifli Salleh and 22 others
3 comments
1 share
Like
Comment
Share

Comments

  • Ada gambar bersama Dr. A. Wahab Ali, Dato'?
    • Like
    • Reply
    • 1 y
    • Malangnya kami tidak bergambar bersama-sama pada hari itu.
      • Like
      • Reply
      • 1 y
  • Gembira dapat berhari raya bersama di DBP 4 Julai n di Pakatan Kg Tunku, PJ, kampung kita, pagi tadi 6 Julai 2019.
    Dato elok buat kompilasi puisi n prosa terpilih Sasterawan Negara. Dato dah ada koleksinya. Buat pilihan n komenternya. DBP boleh terbit.
    saya sedia bantu jika diperlukan.
    • Like
    • Reply
    • 1 y

 

No comments:

Post a Comment