Wednesday, 30 December 2020

Awang Besar, Awang Kechil: “Api Elektrik Akan Diadakan Di Terengganu”
Selaras dengan cadangan mengadakan bekalan elektrik di Terengganu pada tahun 1941, kerajaan negeri telah memilih En. Musa bin Awang Kechil belajar dalam bidang tersebut di Kuala Lumpur selama tiga tahun. Cadangan asal, menghantar En. Musa bin Awang Besar tidak jadi kerana beliau didapati “rosak matanya setelah diperiksa oleh Doktor Besar…”
Kedua-dua mereka adalah “2 orang sahaja daripada 13 orang Melayu yang masuk ke dalam peperiksaan Junior Cambridge iaitu julung-julung peperiksaan yang telah diadakan di dalam Terengganu.”
Difahamkan bekalan elektrik yang bakal diadakan di Terengganu itu “diambil injin-injin daripada Kelantan yang sedia dan diketuai oleh Ketua Elektrik Kelantan jua serta dengan pegawai-pegawainya.” En. Musa kelak akan menjadi “penolong yang pertama”.
(Bacalah, Utusan Melayu, 9 Julai 1940, muka 3).
No photo description available.
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 16 others
1 comment
1 share
Like
Comment
Share

Comments

 

No comments:

Post a Comment