Sunday, 27 December 2020

 Guru Siswazah Pertamaku

Sungguhpun telah beberapa tahun dibeli aku tidak membeleknya secara beria dan lantaran itu kandungannya tidak dihayati. Semalam ketika berehat sekejap setelah lama melakukan belekan harian ke atas sejumlah koleksi, aku duduk-duduk di rak buku yang baru dipindahkan dari aras bawah ke aras atas rumah. Banyak sudah buku di sini tetapi tidak disusun ikut sistem. Lalu terambillah sebuah buku, Reflection of an Educator tulisan Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Majid, Batu Caves: Venton Profesional, 2009.
Chapter 7 buku ini berjudul “My Besut Years: 1967-1970”. Ia meliputi halaman-halaman 67-78. Pembelekan dan pembacaan terpilih menjadikan buku itu selesai ‘dibaca’. Ia memberi ujaan kepadaku mereaksi. Pemerian persekolahan empat tahun di Besut itu sangat rapat dengan pengalaman peribadi.
Pada tahun 1967 aku memasuki Tingkatan Empat di Sekolah Nasirudin Shah Besut. Guru Besar ketika itu bernama Abdul Aziz Hadi. Kalau tidak silap ingatan beliau lulusan Brinsford Lodge. Seronok juga meningkat ke kelas itu setelah berjaya dalam Sijil Rendah Pelajaran. Ketika itu mereka yang gagal terus bekerja kampung. Gelap masa depan.
Cikgu Rahim yang berbadan kecil itu melaporkan diri di SNS pada 1 Februari 1967, sebaik tamat pengajian di Universiti Malaya. Seperti ditulisnya, beliau ditugaskan oleh guru besar (Cikgu Aziz) mengajar mata-mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Ketika itu Cikgu Rahim adalah satu-satunya guru yang berkelulusan ijazah di sekolah itu. Seramai 39 guru lain adalah lepasan maktab perguruan. Bagaimanapun, aku ingat pada tahun 1966, seorang guru siswazah telah ditempatkan di situ. Namanya Othman Jaafar. Mengikut Cikgu Rahim, Cikgu Othman bertukar menjawat Guru Besar di Sekolah Menengah Padang Midin Kuala Terengganu pada tahun 1967.
Aku sendiri tidak ingat pasti mata pelajaran apa diajar Cikgu Rahim di kelasku. Besar kemungkinan Sejarah. Tetapi yang dapat kuingat, ada kenakalan berbaur serius dalam penyampaian beliau. Aku terkesan unsur positif menyelinap diri melalui stail atau kaedah pengajaran dan personalitinya. Terasa, ‘
hebat
juga orang berkelulusan universiti!” Namun tidak pula menjadikan aku yakin boleh melanjutkan pelajaran di sana kelak. Barangkali unsur itu lebih dianggap ‘mengagumi’ berbanding ‘menginspirasikan’.
Cikgu Rahim sebenarnya lulusan LI (1961-1962) sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Dalam buku beliau dinyatakan, beliau adalah Guru UTS yang bermakna perkhidmatan beliau bertaraf kontrak. Bagi kami, sebagai murid-murid, isu UTS bukan perkara penting. Tetapi ternyata ia penting di kalangan guru-guru terlibat, Cikgu Rahim termasuk.
Mengenai UTS, tulis beliau, “Dissatisfaction with this situation, which included also the problem of the lack of medical and housing facilities, led to the teachers’ union, NUTP, launching a nationwide protest under the banner of “work-to-rule”, whereby the UTS teachers worked within the school timetable frame only. Co-curricular activities almost came to a standstill. From 23rd January, 1967, this protest lasted for a couple of weeks.”
Demikianlah kedudukannya. Tapi aku kurang pasti dengan peristiwa itu ketika sedang bersekolah di situ.
[NOTA: Kedudukan guru UTS dan perkhidmatan pendidikan menjadi satu daripada bidang tugasku lebih kurang 10 tahun kemudian apabila aku telah menjawat PTD dan mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan profesional dalam perkhidmatan awam termasuk perkhidmatan pendidikan].
Dalam buku beliau, Cikgu Rahim memberitahu, “Teaching was interesting in Besut. I was eager to motivate the Besut children and after having got my degree I kept reminding them that a University degree would be the least they should be aiming for in life and thereby improving the quality of life of their families and parents.”
Selepas menamatkan persekolahan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1968 dan menyambung persekolahan di Kuala Lumpur, aku tidak lagi bertemu Cikgu Rahim dalam tempoh yang lama. Beliau sebenarnya menjawat Guru Besar SNS pada 1 Januari 1969. Ketika itu beliau berumur 27 tahun. Ternyata kerajaan sedang mempertingkat taraf perkhidmatan pendidikan dengan melantik guru siswazah memimpin sekolah, sedangkan beliau belum mempunyai “experience of educational administration.”
Cikgu Rahim berada di Besut selama empat tahun, sehingga 1970. Kata beliau, “The four years in Besut went very fast. This was due to the many activities that I was involved in. But my experiences in Besut made me more mature in the realm of management, organization and socialization….”
Aku sendiri ditempatkan bertugas di negeri Terengganu pada tahun 1988 sehingga tahun 1992, selaku Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri. Daripada buku beliau, aku mendapat tahu Cikgu Rahim menjawat Pengetua Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit pada 16 November 1988 hingga 30 Jun 1990. Tidak hairanlah dalam tempoh itu aku bertemu semula dengan Cikgu Rahim dalam beberapa majlis atau mesyuarat jabatan-jabatan kerajaan peringkat negeri yang aku atur atau urusetiakan. Aku memperkenalkan diri dan beliau kelihatan gambira ditegur serentak diakui “guru” oleh salah seorang muridnya yang sedang menyandang jawatan PTD di Sekretariat Kerajaan Negeri.
Aku bertukar ke Pulau Pinang menyandang jawatan Pegawai Kemajuan Negeri berikutan memangku jawatan Tingkatan Tertinggi “F” pada tahun 1992. Cikgu Rahim pun pernah di tempat sebagai Pengarah Pelajaran Negeri meliputi tahun 1992/1993. Dalam tempoh itu kami bertemu beberapa kali. Cikgu Rahim datang menghadiri mesyuarat-mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang aku menjadi Setiausahanya.
Kami sentiasa menegur sapa apabila berjumpa. Memang Cikgu Rahim seorang yang serlah mesra apalagi bila diketahui aku adalah muridnya di Besut puluhan tahun dahulu.
Cikgu Rahim terakhir sekali menyandang jawatan Pengarah Pelajaran Negeri Perak iaitu pada 1 Jun 1993. Beliau bersara di Jabatan itu pada 19 Januari 1997. Pada 17 Mei 1998, Dato' Hj. Abdul Rahim bin Haji Abdul Majid dianugerahi Tokoh Guru Kebangsaan 1998.
Terima kasih, Cikgu!
Image may contain: 2 people, text that says "REFLECTIONS OF AN EDUCATOR By: Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Majid"
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 34 others
6 comments
2 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.
    1
    • Like
    • Reply
    • 8 w
  • Alhamdulillah. Saya pernah berkhidmat di bawahnya semasa di Jemaah Nazir Sekolah2 Persekutuan, Bgnan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, KUALA LUMPUR pada tahun 1989 ketika dia sebagai Timbalan Ketua Nazir Sekolah Malaysia. Dia seorang yg cerita dan byk idea. Saya rapat dgnnya kerana Saya sebagai S/U Bidang Bahasa2. Ada bertemu lagi dgn dia beberapa kali selepas Itu tetapi sejak 2005 tidak lagi ada khabar berita dpdnya. Dia ada memberi tahu Saya ttg buku yg ditulisnya Itu.
    1
    • Like
    • Reply
    • 8 w
  • Ahmad Said
     klu ada no contactnya Saya mohon dpd Datuk
    1
    • Like
    • Reply
    • 8 w
  • Image may contain: 1 person
    • Like
    • Reply
    • 7 w

No comments:

Post a Comment