Melayu Sekurun Dulu (1918): Suatu Persepsi?
“Akan tetapinya pada sisi mereka-mereka yang telah mengetahui akan hal kelakuan dan perjalanan kita – sama ada mereka itu beberapa lamanya mengdiami di antara-antara kita, ataupun yang baharu tiba kerana perhati akan perjalanan kita – nampaknya tiadalah mereka itu bertangguh lagi tentang menjawab akan soal yang tersebut itu [Adakah Bangsa Melayu Sudah Maju?...] maka dengan tersenyumnya atau tertawa-tawa yang mengandungi beberapa …
See more
15Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 13 others
Comments
“Dalam negeri Persekutuan misalnya, kira-kira 30,000 Melayu bandar dianggap celik huruf dan menjelang tahun 1931 dikatakan bahawa 48.3 peratus daripada lelaki dewasa, di desa dan bandar, dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu dapat membaca dan menulis. Jumlah wanita lebih rendah, dan dianggarkan bahawa pada tahun 1938 kurang daripada 30 peratus jumlah pendaftaran ke sekolah adalah orang perempuan dan kurang 10 peratus penduduk wanita celik huruf. Walau bagaimanapun mereka tidak berpeluang mencari pekerjaan yang menggunakan kemahiran mereka, kecuali mereka mengetahui bahasa Inggeris. Mengajar dan bidang kewartawanan menawarkan pilihan yang paling banyak menjanjikan harapan.” (Lihat, Virginia Matheson Hooker, 2003. Mencipta Masyarakat Baru Perubahan Sosial Menerusi Novel Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 100).
Pandangan lebih awal tentang “perangai” sebahagian orang Melayu ditulis oleh Mohd Ally bin Haroon al-Hindi dalam akhbar “Pemimpin Warita”, No. 31 8 Jun1896, seperti berikut: “… Akan tetapi kita perhatikan tatkala mereka telah faham di dalam pelajaran Inggeris itu hampir-hampir akan membuang adat-adat orang tua-tua kita baik daripada pakaian, pertuturan, perjalanan dan sebagainya. Walhal jika mereka terlatih dahulu faham di dalam ilmu dan nasehat daripada kitab-kitab daripada ulama pada agak kita tentulah bertambah baik pekerti dan sebagainya…” (lihat, Ahmat Adam, Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas, muka surat 76).
No comments:
Post a Comment