Sunday, 27 December 2020

 Jati diri

Saya sekarang tinggal di Kampung Tunku, Petaling Jaya. Anak-anak saya, seorang tinggal di Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi, seorang di Taman Warisan Puteri, Sepang dan seorang lagi berdekatan Pinggiran Putrajaya.
Hampir semua adik-beradik saya tinggal di Lembah Kelang; seorang di Bandar Tun Hussein Onn, seorang di Taman Impian Saujana, Kajang, seorang di Taman Sri Petaling, berhampiran Bukit Jalil, dan seorang di ....
Sementara itu, ingin saya memberitahu tengah hari ini saya akan menemani isteri menepati temu janji beliau dengan pakar perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PMUM).
Dua hari lagi, saya sendiri akan ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk menghadiri taklimat amalan pemakanan. (Maknanya keadaan kesihatan saya mulai bermasalah). Klinik itu terletak bersebelahan Universiti Tun Abdul Razak. Selepas itu saya akan menghadiri mesyuarat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya akan memandu kereta sendiri, bernama Kelisa keluaran PERODUA melalui LDP.
Saya berpengalaman yang boleh dikira relatif lama dalam perkhidmatan awam. Oleh sebab itu, tahulah sedikit sebanyak sistem pentadbiran negara.
Secara umumnya, pentadbiran negara kita didukung oleh pelbagai kementerian, jabatan, setiausaha kerajaan negeri, Badan Berkanun (BBB Persekutuan/Negeri), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain.
Contoh bagi setiap jentera kerajaan itu ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam aspek tertentu atau khusus jentera berkenaan boleh menyelaraskan peranan dan fungsi masing-masing demi mengekalkan jati diri negara.
(NOTA: Lukisan hiasan dipetik daripada Klik DBP, Bil. 3, Berita Harian, 19 Januari 2004, muka dua).
Image may contain: text that says "M MUNSYI U Dulu saya tinggal di Riverdale Park, tapi sekarang di La Cottage. Jangan tinggalkan bahasa ibunda akhirnya. Gunakan bahasa kebangsaan bercitra Malaysia"
M Jusoff Taib, Rismayanti Idris and 16 others
6 comments
Like
Comment
Share

Comments

  • Ya, semua urusan Dato' Ahmad Said yg tersebut di atas bersama-sama keluarga orang dari Besut/ Kg. Raja berdekatan dipermudahkan oleh Allah SWT justeru jangan lupa kajian-kajian tokoh istimewa warisan ulama pentadbir Kelantan darulnaim di bawah naungan Tuanku alSultan Kelantan sejak Sultan Muhammad 1 hingga alSultan Muhammad keV .. Ya, Warisan Tuk Kenali 3 Serangkai yg dikaji Dato' Ahmad Said majalah PENGASUH selama 100 tahun Masihi ..
    * Paling penting Dato' juga ialah seorang "Pensyair/ pemuisi pentadbir kerajaan Malaysia semasa" tanya mengira kepartiannya, insyAllah dipermudahkan .. Amin ya Rabbialamin
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 w
  • Tanpa kepartian kerajaan Raja Berperlembagaan demokrasi
    Image may contain: 1 person, screen, text that says "Putrajaya astro AWANI 17111 TERKINI PENGUMUMAN PELANTIKAN BARISAN EMAAH MENTERI BAHARU KERAJAAN TERKINI"
    • Like
    • Reply
    • 1 w
  • Melintasi, Normala Mohamad Yusof, ““Infotainmen” dan “Advertensi””, Klik DBP, Bil. 22, 20 Mac 2006, halaman 12.
    Image may contain: text that says "MUNSYI "SureHeboh" dah tukar kepada "Jom Heboh", "Infotainmen dah tukar kepada "Inforia". S 'Barulah menggambarkan jati diri Malaysia"."
    • Like
    • Reply
    • 3 d
  • Kenapa dinamakan kampung Tunku, Dato'?
    • Like
    • Reply
    • 3 d
  • Sempena nama Perdana Menteri yang pertama yang merasmikan taman ini.
    • Like
    • Reply
    • 3 d

No comments:

Post a Comment