100 juta pemakai BM di maya
Berdasarkan Internet World Stats, bahasa Melayu/Indonesia digunakan oleh seramai 97,729,532 di internet daripada jumlah populasi 286,937,168. Ia di tangga kelapan di kalangan bahasa yang digunakan di maya. Walaupun dari segi peratusan ia hanya 2.9 peratus daripada penggunaan dalam internet, ia setanding dengan kedudukan bahasa Perancis. Bahasa-bahasa lain dalam carta 10 teratas termasuk Arab, China, Inggeris, Perancis Rusia dan Sepanyol.
Maka tidak sesia mendukung bahasa kebangsaan kita. Kita boleh mempertingkatkan tarafnya dengan memelihara kesempurnaannya setiap kali menggunakannya.
Bacalah, Suria Janib, “Elok Bahasa Eloklah Budinya” (Bingkisan Editor), Pelita Bahasa, Jilid 31, Bil. 6/2019, muka surat 5. Baca juga, Nuraini Yusoff, “Bahasa Melayu pada Era Transformasi Digital", muka surat 8-10.
No comments:
Post a Comment