Tuesday, 29 December 2020

 Rapuh 1/2019: Masih membeli

Diam-diam masuk tahun 2019, koleksi bukuku terus bertambah. Bukan sebuah dua. Banyak. Pelbagai buku. Semuanya buku bekas, lama dan ‘murah’. Seperti juga kegemaran terhadap bidang yang berbagai, buku-buku perolehan baru ini pun tetap berbagaian bidangnya -- sejarah, bahasa, sastera, kembara, dokumentari, agama, perkamusan, persekolahan, penulisan, hobi, kesihatan dan lain-lain.
Pun, bukan mudah mencari buku-buku dan majalah-majalah yang diminati. Tempat-tempat tradisional sudah kian tidak menawarkannya lagi. Pengendali sumber kehabisan stok. Sementara itu, sudah pula muncul kedai-kedai buku-buku ‘antik’. Keantikannya menjadikan harganya mahal sehingga mustahil memilikinya.
Satu tempat yang menjadi sumber perburuanku semenjak seawalnya ia diwujudkan ialah pasar karat di Bangunan AmCorp, Petaling Jaya. Ia berhampiran dengan rumahku dan hampir setiap minggu dijelangi terutama dalam dua tiga tahun terawal. Ketika itu penjual buku-buku bekas ini mempunyai stok yang banyak. Harga pun sangat munasabah bahkan kelakar rendahnya.
Para pelupus buku dan majalah lama itu sudah tidak lagi datang melupuskan buku-buku mereka di situ. Mereka diganti oleh para pedagang berwatak lain. Lebih ‘profesional’.
Sekarang ini, aku tetap mengunjungi AmCorp tetapi buku-buku yang ada tidak lagi menarik. Kalau pun terjumpa, harganya sudah melambung.
Ada dua kedai yang menyewa premis secara tetap. Satu mempamerkan bahan-bahan jualan secara teratur. Tetapi harga setiap buku-buku langka hampir tidak masuk akal. Di luar jangkauan. Di sini, sentiasa terfikir jikalah buku-buku yang sedia ada dalam koleksiku dilepaskan setanding dengan harga-harga berkenaan, hampir serta-merta aku menjadi OKB!!! Tetapi benar-benar adakah pembelinya?
Sebuah premis lain juga nampak mempunyai koleksi yang bertimbun-timbun. Peragaannya langsung tidak terurus, memusuhi penggemar sampai menyekat langsung penerokaan skop dagangannya. Dahsyatnya, harga-harga buku-bukunya, bahkan yang kuanggap ‘tak guna’ pun meroket seberang logik. Namun, terfikir jugalah, jika harga-harga itu ditampalkan kepada semua kulit buku dalam koleksiku, lalu kuperdagangkan, serta disambar beli oleh orang-orang yang setabiat denganku, tidak ragu-ragu lagi, aku bakal muncul pesara jutawan tahun ini!!!
Tetapi di mana-mana, sama ada di pasar-pasar buku Bandar Baru Bangi, Rumah PENA, Bazar Tok Guru, Kajang, Ipoh, Chowrasta, AmCorp, mereka yang seperangai denganku terbilang oleh jari. Barangkali sedang mengalih strategi…
Pun, aku tetap mengunjungi tempat-tempat lain pun, dan berjaya membeli berpsikologi dengan ‘kebijaksanaan’ yang mengelak rugi.
No photo description available.
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 18 others
4 comments
3 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Salaam. Tabik hormat Dato Ahmad Said kita satu kapal. Mohon kongsi nukilan 
    terbaik
     ini. Terima kasih daun keladi. Selamat sejahtra.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Koleksi Pak 
    Ahmad Said
     jangan dilepas. Jarang-jarang ada penulis yang menelusuri hingga rinci catatan kaki dan rujukan buku, penerbit, tahun terbit, halaman dan lain sebagainya.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Dato kaya dgn Khazanah ilmu. Hobi jarang ada pada orang Melayu. Tabek!
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Syabas D Askat.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment