Tuesday, 29 December 2020

 Fragmen Memoir Tak Jadi: Skim Perkhidmatan (5)

Kelainan antara skim perkhidmatan tidak usah begitu menonjol. Seharusnya semua perbekalan yang diperkenalkan dalam sesuatu skim perkhidmatan itu bersesuaian dan patut. Janganlah perbekalan-perbekalan itu menjadikan kerajaan ditohmahi para penjawat awam atau CUEPACS sebagai tidak adil, ‘pilih kasih’ atau ‘berat sebelah’.
Secara umum, dokumen itu boleh memberikan gambaran positif dan objektif. Apabila sudah diambil berkhidmat semua penjawat seharusnya berpeluang untuk meningkat ke puncak kerjaya berdasarkan merit. Mereka terdedah dengan latihan yang diperlukan sama ada sebelum, semasa bahkan selepas mencapai umur persaraan. Ruang seharusnya terbuka supaya penjawat yang berprestasi cemerlang mendapat imbuhan yang setimpal, mengatasi penjawat medioker atau ‘kayu reput’.
Dan, sekali-kali tidak harus pula memberati rakyat atau mereka di luar sektor awam. Bahawa layanan terhadap penjawat awam janganlah pula menimbulkan rungutan bukan penjawat awam. Penting disedari penjawat awam bukanlah golongan istimewa yang ingin dijunjung berlebih-lebihan.
Banyak lagi unsur-unsur yang harus digubal ke dalam skim-skim perkhidmatan itu. Agar ia menjadi dokumen yang sentiasa hidup dan serasi zaman. Baharulah ia menjadi tangkal mencetuskan tindakan-tindakan penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan awam.
Di sebalik semuanya yang bernas-bernas itu, para penggubal tidak boleh mengetepikan aspek penting yang lain iaitu implikasi kewangan. Perakuan-perakuan yang dikemukakan janganlah membebankan. Realitinya, sumber kewangan kerajaan sentiasa dalam kekurangan, jauh sekali daripada melimpah-ruah. Sanya, pendapatan kerajaan bukan untuk dibelanjakan membayar emolumen penjawat awam atau pengurusan operasi sahaja!
No photo description available.
Zulkifli Salleh, Rismayanti Idris and 7 others
2 shares
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment