“Kesusasteraan Melayu telah mati!” (1925?)
Hans Overbeck lahir pada 28 Mac 1882 di Bremen, Jerman. Pada tahun 1904 beliau tiba di Singapura berkerja dengan Syarikat Behn Meyer, maknanya ketika berusia 22 tahun. Dalam Mac 1922 tersiar berita dalam majalah Deutsche Wacht bahawa Hikayat Hang Tuah telah diterbitkan dalam terjemahan bahasa Jerman oleh Hans Overbeck.
Kenyataan Hans Overbeck, “Malaiische Literatur ist tot!” yang mendahului kedua-dua jilid karya beliau Insulinde (1925) menjadi terkenal.
Hans Overbeck terbunuh pada Januari 1942 apabila kapal Van Imhoff yang membawa tahanan perang Jerman (termasuk beliau) dari Indonesia ke India dibom oleh kapal terbang tentera Jepun di perairan Sumatera.
(Rujukan: E.U. Kratz, “The Malay Studies of Hans Overbeck” dalam https://www.tandfonline.com/.../10.1080/03062847908723756; dan “Kajian Hans Overbeck: Satu Kajian Bibliografi” dalam E.U. Kratz, 2004. Segi-segi Karangan Tradisional Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 291-302).
No comments:
Post a Comment