Tuesday, 29 December 2020

 Utusan Zaman, 1941: “Cetra Pelayaran Ke Terengganu”

“… kehidupan orang-orang Melayu kita yang diam di sepanjang pantai timur negeri ini [sepanjang jalan Kuala Terengganu-- Kemaman] ialah bahagian yang besarnya berkelaut mencari ikan – selain daripada lain-lain kerja. Maka ikan-ikan yang didapati lain daripada dijual kepada penduduk-penduduk di situ maka dibeli oleh taukeh-taukeh Cina kerana membuat kering yang mana daripada dagangan ini menjadikan mereka mempunyai keuntungan yang memuaskan hati tetapi orang kita Melayu yang bermandi ombak dan angin hanya mendapat sekadar melepaskan sesak sahaja – pada sepanjang-panjang yang dapat dipandang bahawa kedai-kedai yang menjual barang-barang keperluan dapur dan pakaian-pakaian serta kedai-kedai nasi dan kopi bolehlah dikatakan tiada dipunyai oleh orang-orang Melayu kita melainkan pada tiap-tiap yang dapat dilihat adalah dipunyai oleh orang-orang Cina dan Keling dikecuali menjadi penjual barang-barang kecil rempah ratus asam garam di celah-celah kampung serta sedikit-sedikit bilangan di pasar-pasar. Daripada apa yang nampak maka bolehlah diukurkan bahawa iktisad orang kita di tempat-tempat daerah ini hampir-hampir terlucut -- …”
(Lihat, Dal HaMim al-Thani, “Pemandangan Sambil Lalu ke Pantai Timur Terengganu”, Utusan Zaman, Tahun 2, Bilangan 36, Bilangan Besar 97, 6 September 1941=14 Syaaban 1360, muka 14.
No photo description available.
Zulkifli Salleh, Ahmad David Kholilurrahman and 5 others
1 comment
Like
Comment
Share

Comments

No comments:

Post a Comment