Sunday, 27 December 2020

 Sempurnakan Amanah

Kelmarin, 16 Disember 2020, di Putrajaya, saya katakan,
“Pembaharuan yang nyata kandungan laporan ini berbanding dengan keluaran tahun-tahun yang terdahulu menyentuh, pertama, pelaporan lengkap sesi majlis-majlis dialog. Isu-isu yang dibangkit telah dicatat dengan kemas dan kedudukan semasanya diperjelas dalam sesi itu juga supaya tidak menjadi tanda tanya di kalangan semua yang terbabit apabila sesi bubar.
Sesi dialog yang menjadi agenda tetap ini kami kira sangat menarik dan berfaedah. Selain dapat mengetahui masalah-masalah atau isu-isu yang dihadapi di kalangan staf, ia memberi ruang atau saluran bagi staf mengemukakan input atau maklum balas.
Pada masa yang sama, JKA dapat mengenali lebih dekat di samping menilai secara umum sikap/pengetahuan/kemahiran semua pegawai di peringkat negeri di samping sekali gus mendedahkan peranan JKA secara langsung. JKA, juga akan memberi penjelasan atau cadangan tentang alternatif penyelesaian, di mana yang boleh, sama ada ketika sesi dialog atau pada masa yang lain.
Seperkara lagi, dalam majlis ini, pihak pengurusan SPRM dan juga sekretariat boleh menyampaikan maklumat yang tertentu secara langsung.
Kedua, dalam laporan tahunan 2018/2019 ini, di samping statistik yang menunjukkan jumlah kes yang diterima, JKA menapak ke hadapan dengan menganalisisnya secara terperinci. Pendekatan dalam laporan-laporan tahunan yang terdahulu lebih berbentuk “biarlah statistik sendiri menceritakan”, yakni para pembaca sendiri kena menganalisisnya sebelum dapat merumuskan kedudukan sebenar. Kami kira kaedah yang diguna pakai kali ini lebih membantu.
Kalaulah kes-kes aduan tentang tatakelakuan pegawai-pegawai SPRM hendak dikaji secara akademik, apa yang telah kami lakukan tentulah sangat mempermudah kajian demikian.”
(Nota: Gambar bersumber facebook SPRM)
Image may contain: one or more people
La Hami Bin Ahmad, Zulkifli Salleh and 37 others
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment