Sunday, 27 December 2020

 Jambatan DBP dengan Masyarakat.

Sempena pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2003, sisipan Klik DBP telah diterbitkan dalam Berita Harian, 15 September 2003. Bil. 1 sisipan ini mengandungi 8 halaman. Ia menggunakan slogan “Yang Baik Budi, Yang Indah Bahasa”.
Ketua Editornya ialah Md. Johari Hasan. Dalam “Rencana Pengarang”, dinyatakan Klik DBP adalah “salah satu usaha DBP mengembangkan bahasa kebangsaan kepada masyarakat secara lebih menyeluruh melalui media cetak.”
Dinyatakan lagi, “Selain menyajikan berita dan maklumat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan kebangsaan, Klik DBP juga menyediakan pedoman bahasa. Penampilan ini sesuai dengan tanggungjawab DBP untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan meluas, termasuklah memberikan arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.”
Salah satu rencana penting termuat ditulis oleh Dr. Awang Sariyan berjudul “Dasar bahasa sebagai tonggak negara”, mengisi ruangan “Penjana Minda”, muka dua. Beberapa masalah yang sedang dihadapi 17 tahun dahulu itu ialah penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor perundang-undangan, swasta dan pendidikan.
Mengenai sektor swasta dikatakan, “Urusan yang berkaitan dengan perhubungan dalaman, perhubungan dan perjanjian, perhubungan di luar firma, perhubungan dengan antarabangsa rata-rata masih berasaskan bahasa Inggeris sebagai salurannya.” Dalam bidang pendidikan, “masih banyak masalah yang kita hadapi.”
Menyebut, mutu bahasa di kalangan lulusan institusi pendidikan, ia tidak memuaskan. “Hal ini dengan sendirinya menggambarkan mutu pengajaran bahasa di semua peringkat di negara ini.”
Di samping itu, DBP mengambil peluang memperkenal dirinya melalui rencana berjudul “DBP dari balai ke menara”. Rencana ini diakhiri, “Dengan mendukung moto ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, DBP meneruskan misinya ‘Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu yang Berwibawa dalam Pembinaan Tamadun Bangsa’ untuk mencapai wawasan ‘Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia.’
Banyak lagi maklumat yang terkandung di dalam Klik DBP termasuk, “PDM khazanah persuratan Melayu”, wawancara dengan Ketua Pengarah, Dato' Haji A. Aziz Deraman dan Datuk Dr. Hassan Ahmad yang dikendalikan oleh Saibiah Ani.
Saya tertarik dengan jawapan Dato' Aziz, terhadap satu soal yang mendakwa “DBP tidak lantang bersuara memperjuangkan bahasa dan sastera kebangsaan”.
Kata beliau, “DBP sebagai jabatan kerajaan tidak semestinya perlu lantang bersuara dalam memperjuangkan bahasa dan sastera Melayu. Kita merancang, bertindak dan bergerak dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai jabatan yang diamanahkan untuk menjaga keutuhan bahasa Melayu sebagai teras sastera Malaysia. Dalam dunia hari ini kelantangan suara itu tidak begitu dipedulikan lagi dan sudah tidak menjadi ukuran mengenai usaha./Yang penting komitmen berterusan. Jika ada yang tidak kena, kita sebagai jabatan kerajaan akan menggunakan saluran yang disediakan untuk menegur atau membetulkannya. Ada perbezaan peranan antara sesebuah agensi kerajaan dengan NGO. DBP bukan NGO.”
Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan yang menjawab soalan yang serupa di bawah rencana berjudul “Ke mana arah penentu dasar, perancang bahasa?”, menyatakan: “Saya kira perkataan ‘memperjuangkan’ tidak bererti melaung-laungkan slogan. Strategi atau artikulasi ini biar diserahkan kepada rakyat atau kepada parti politik Melayu, khususnya UMNO. DBP ialah badan rasmi profesional bahasa yang diberi tugas untuk ‘membina dan mengembangkan’ bahasa dan sastera Melayu secara profesional, yakni berdasarkan wibawa ilmu, berdasarkan kajian dan penyelidikan, tidak berdasarkan kegiatan populis semata-mata. Untuk menjalankan tugas ini kita memerlukan ilmuwan, profesional dan pemikir budaya, bahasa dan sastera yang tinggi wibawanya.
... ... Hari ini tidak ada ‘panglima bahasa’ di DBP. Tetapi sebagai gantinya perlu ada ‘Pembina dan Pengembang Bahasa” yang hebat, diyakini dan dihormati. Kali ini, kekuatan DBP mestilah dibina melalui wibawa profesionalismenya, sehingga rakyat, masyarakat ilmuwan dan kerajaan sendiri dapat menghormatinya.”
Klik DBP juga memaklumkan Pangkalan Data Korpus DBP. Ketika itu ia mengandungi 93 juta perkataan yang dikumpulkan daripada akhbar (51.08%), buku (28.34%), majalah (12.30%). Peratusan lebihannya bersumberkan monograf, dokumen, kertas kerja, surat, risalah dan sebagainya.
Klik DBP juga memaklumkan program Rakan Dewan yang “bertujuan menggalakkan peningkatan keilmuan di samping menyemai minat membaca di kalangan masyarakat. Ketika itu ahli-ahlinya berjumlah 10,564 orang.
Kartun juga menjadi hidangan halaman menggunakan judul “Munsyi Bahasa”. Tumpuan dialognya menyentuh amalan penggunaan bahasa rojak di kalangan pengguna bahasa kebangsaan.
Sebagai pelapor, saya suka melihat pelan tindakan yang sentiasa ada di DBP itu dilaksanakan dengan sempurnanya.
Image may contain: 10 people, text that says "MENARIK DI DALAM Klik DBP Bil:1 ISNIN 15 September 2003 http://www.dbp.gov.my YANG BAIK BUDI, YANG INDAH BAHASA Bahasa kebangsaan penjana minda bangsa Oleh Salbiah Ani Generasi maju berilmu BEWAN Berita Harian Rakan Dewan B ULAN Bahas Sastera Ne- generasi berilmu Pedoman Bahasa semakin hambatan menimpa terhadap rasa bangsaan pada Program Bulan Bahasa dan Sastera Negara membabitkan penyertaan pelbagai kaum. Bahasa Kembara 2003 12hingga 7September dan Dangsaan bahasa 3S September Program secara bertumpu menyedar- saan menuju pelaiar diadakan Kembara pentingnya untuk terus dalam hasrat memperkukuh per-"
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 16 others
4 comments
1 share
Like
Comment
Share

Comments

  • 16. Laporan tentang penerbitan Klik termuat dalam, Ismail Hassan, “Klik untuk Maklumat Bahasa” (Bahasa dan Peristiwa), Dewan Bahasa, Jilid 4, Jun 2004, muka surat 63.
    Image may contain: 2 people
    • Like
    • Reply
    • 2 w
  • Naskhah Klik DBP Edisi Pelancaran ialah Bil. 4, Isnin, 19 April 2004. Bagaimanapun, Peristiwa pelancaran Klik DBP terakam dalam Klik DBP Bil. 5, 14 Jun2004. Ketua Pengarah DBP ketika itu ialah Dato' Hj. A. Aziz Deraman dan Ketua Pengarang Kumpulan NST Datuk Kalimullah Hassan dan Pengarang Kumpulan BHSB ialah Hishamuddin Auni Haji Abdullah. Sementara itu, Klik DBP Bil. 5 juga menyiarkan berita perasmian Pejabat DBPWS oleh Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pada 6 Mei 2004.
    Image may contain: 6 people, text that says "Klik DBP Edisi Pelancaran http://www.dbp.gov.my Bil: 4 ISNIN, 19 April 2004 YANG BAIK BUDI, YANG INDAH BAHASA SEPATAH Oleh Dr. Awang Sariyan moden, bi- cukup peranan Berita Harian DBP diterbitkan untuk bahasa masyarakat. Ketua Pengarah Ke manakah arah media penyiaran kita? kebangsaan. Televisyen Saluran menjadi dengan penyiaran peranan perkongsian tempoh media tambah mengutamakan DRP kebang- menekan yang berlainan kelihatar Kumpulan nyiaran kabur pekanya dalam tulisannya maruah angsaan. engan dalam panduan penyiaran santun."
    • Like
    • Reply
    • 1 w
  • Pelantikan Dato' Dr. Firdaus Abdullah sebagai Ketua Pengarah dilaporkan juga dalam Klik DBP, Bil. 12, 16 Mei 2005, muka satu. Beliau menerima surat jawatan daripada Pengerusi Lembaga Pengelola Tan Sri Kamarul Ariffin. Dalam Klik DBP ini juga termuat rencana Dr. Firdaus, “Antara yang Dikendong dengan yang Dikejar” (Bicara Karyawan), muka tiga. Ini satu artikel yang bernas kerana memilukan. Bagaimanapun saya petik sebahagian sahaja,
    “Pada suatu waktu dahulu, kita mempunyai mimpi indah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengucapan budaya tinggi. Kita mengimpikan bahasa Melayu itu akan menjadi satu bahasa moden yang lengkap serta dapat menggarap konsep-konsep abstrak dan canggih. Kita mengimpikan bahasa Melayu itu menjadi bahasa pernyataan yang menjadi jiwa bangsa dan kebanggaan negara. Kita mengimpikan bahasa Melayu itu akan menjadi bahasa sastera yang tinggi, bersih daripada pencemaran loghat dan nahu. Kita mengimpikan bahasa Melayu itu menjadi bahasa komunikasi yang berkesan pada setiap strata sosial dan dalam semua bidang. Tetapi ternyata, mimpi-mimpi indah itu kini menjadi igauan yang mengganggu tidur kita.”
    Image may contain: 1 person, text that says "-ROM DALAM PASARAN Klik DBP http://www.dbp.gov.my Bil: 12 ISNIN, 16 Mei 2005 YANG BAIK BUDI, YANG INDAH BAHASA Berita Harian Latu Terpilbik Usman Awank 9 Sukmakustika 10 Berkumpulan Negeri Johor Epigrafi Kaset dan CD-ROM Lagu Puisi Terpilih Usman Awang Terawal Nusantara LAGU Terpilih antara puisi DBP pesa- iBuku 03-21433504. PENGERUSI Lembaga DBP, Kamarul KamarulAriffin YBhg. Dato' Firdaus."
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 w
    • Edited
  • Klik DBP, Bil. 28, 20 September 2006, hlm. 7 melaporkan perasmian Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) oleh Menteri Pelajaran pada 28 Ogos 2006 di PWTC, Kuala Lumpur. Saya melintasi salah satu gambar yang dimuatkan d halaman tersebut. Maknanya saya pun menjadi saksi peristiwa berkenaan.
    Image may contain: one or more people
    • Like
    • Reply
    • 3 d

No comments:

Post a Comment