Sunday, 27 December 2020

 Membisukah paling bijaksana?

Hari ini saya melintasi, lalu merisiki pati rencana Mohd Tarmizi Hasrah, “Bisu” (Bahasa dan Falsafah), Dewan Bahasa, Jilid 19, Bil. 10/2019, muka surat 48-52.
Esei ini pada hakikatnya membincangkan perilaku Martin Heidegger, ahli falsafah Jerman, berpunca kesediaan beliau memakai lambang swastika, yang ditafsirkan mendukung Hitler.
Apabila Hitler jatuh, tiada penjelasan Heidegger tentang pendirian beliau itu kecuali melalui kalimat “Hanya Tuhan yang berdaya menyelamatkan kita”.
Dalam konteks rencana beliau, Tarmizi menyentuh pula situasi di Malaysia pasca 18 Mei 2018, yang dari segi kebebasan dikatakan “terbuka luas” dibumbui era Malaysia Baharu. Lalu bermunculanlah ‘kebisingan linguistik yang menyesakkan nafas masyarakat.”
Penutup esei ini berbunyi, “..., generasi pascamerdeka terpaksa menanggung beban sejarah yang ditinggalkan oleh founding fathers negara ini. Namun begitu, beban sejarah tersebut seharusnya diletakkan dalam muzium, buku teks dan buku sejarah. Beban sejarah ini tidak sewajarnya diulang semula. Hal ini demikian kerana bangsa Malaysia semuanya sedar tentang hal tersebut. Kita ternyata tenggelam dalam segara aksara yang tidak bertepi. Kita perlu berenang ke daratan makna. Maka, diam ialah penyelamat. Dan, kita pun wajib menjadi Martin Heidegger.” (muka surat 52).
Sementelahan, penggemar sajak boleh juga menikmati sajak Sapardi Djoko Damono, “Hujan Bulan Juni” yang dimuatkan dalam usaha Tarmizi melengkapkan hujahan beliau. Tentang puisi ini, ditulisnya, “...inti yang menjadi makna puisi ini berlegar-legar pada keupayaan kita berdiam diri walaupun dalam keadaan kita berdaya untuk menzahirkan sebarang bentuk ujaran. Dengan berdiam diri, maka kita pun dilingkari oleh sifat tabah, bijak dan arif.” (muka surat 51)
Aku berharap dalam berdiam diri, semua strategi untuk mencapai matlamat menjati diri tetap berterusan dari generasi ke generasi.
Untuk hiasan laman, saya pamerkan sajak lain yang dipetik oleh Tarmizi, "Todnauberg" ciptaan Paul Celan.
Image may contain: text
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 10 others
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment