Wednesday, 30 December 2020

 Rapuh 14/2019: Perhambaan Abad ke-20

Akhbar Sunday Tribune [16 Februari 1936] melaporkan bahawa ada terjadi kes-kes penyeludupan “orang-orang perempuan Jawa yang sihat dan muda serta molek” masuk ke Singapura untuk dijual dengan harga $100 dan “kadang-kadang kurang lagi daripada itu mengikut kemahuan orang yang membeli.”
Dilaporkan seterusnya pada September 1935, telah masuk “sepuluh orang-orang perempuan Jawa yang berumur di antara 18 dan 22 tahun” dengan menggunakan “surat-surat keterangan” yang diragukan.
Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak Polis melakukan penyiasatan sehingga tertangkap individu yang terbabit. Dia “dihukumkan 33 bulan penjara kerja berat.”
Berikutan laporan akhbar berkenaan, Sultan Johor telah menulis surat kepadanya. Sebahagian dipetik,
“Saya suka hendak berkata iaitu perbuatan menjual orang-orang itu telah berjalan beberapa tahun lamanya dengan tiada boleh dapat cukup keterangan kerana hendak didakwa orang-orang yang membuat salah itu./Bukannya sahaja orang-orang perempuan Jawa telah dibawa dengan helah melainkan orang-orang perempuan Cina dan Keling juga./ Saya percaya di dalam banyak juga rumah-rumah di negeri Johor ada orang-orang perempuan Jawa, Cina atau Keling yang telah dibeli oleh tuan-tuannya dan mengerjakan mereka itu seperti hamba./Di dalam Tanah Melayu ada undang-undang kerana menegahkan perbuatan semacam ini tetapi nampaknya pekerjaan itu telah berjalan dengan tidak bertahan./Saya telah mengambil berat tentang perkara ini beberapa tahun lamanya semenjak masa Penasihat Am saya yang pertama iaitu Tuan D.G. Campbell tetapi nampaknya hingga sekarang tiada diperbuat apa-apa./Saya harap sekarang semenjak Polis telah dapat menangkap dan telah dihukumkan seorang maka akan dapat dihapuskan perniagaan yang jahat ini selama-lamanya.”
(Lihat, Lembaga Malaya, keluaran Yang keenam puluh empat, 24 Februari 1936=1 Zulhijah 1354, muka surat 29-30).
No photo description available.
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 10 others
1 comment
Like
Comment
Share

Comments

No comments:

Post a Comment