Tuesday, 29 December 2020

 Shellabear: Pengembang Kristian ke Akhir Hayat

William Shellabear sejak awal merancang penubuhan “an indigenous Malay-speaking church”. Salah satu caranya ialah mencetak "Sejarah Melayu" untuk menjadi bahan para misioneri dan guru-guru belajar bahasa Melayu. Di samping itu "Sejarah Melayu" juga diharap menjadi bahan utama bagi membina kurikulum sekolah Melayu.
Beliau telah menterjemahkan "Bible" dan bahan-bahan keagamaan Kristian yang lain kerana percaya orang-orang Melayu boleh dikristiankan melalui bahasanya sendiri.
(Nota: Selesai membaca Robert Hunt, 1996. “William Shellabear A Biography”, University of Malaya Press, pada 3 Jun 2019=29 Ramadan 1440).
Image may contain: 1 person
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 17 others
4 comments
2 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Pak Pandai (Onn bin Jaafar) menulis dalam Lembaga Malaya pada 2 September 1935: “Jaga! Jaga! Jaga! Orang-orang Melayu baik jaga sedikit jangan sampai menjadi sesat jalan tercebur ke dalam agama lain daripada Islam sebabnya aku sudah terbaca sedikit daripada karangan Padri Besar Inggeris di Singapura yang dikeluarkan di dalam sebuah majalah berkenaan dengan pekerjaan dan perusahaan padri-padri Kristian di dalam Tanah Melayu.” Lalu, Pak Pandai menulis lagi, “Aku bukannya tidak menerima kasih kepada pihak agama kita memberi nasihat supaya jangan aku minum arak atau jangan aku berzina atau jangan aku berjudi atau jangan aku meninggalkan sembahyang atau jangan aku makan bunga atau jangan aku tidak puasa atau jangan aku tidak bersungguh mencari bekalan pemegian aku yang akhir sekali daripada dunia ini. Akan tetapi apabila ditubikan aku lebih-lebih sangat dengan nasihat itu itu juga dari sehari ke sehari dari sebulan ke sebulan dari setahun ke setahun maka lama kelamaan aku nanti berasa seperti aku ini benak dan bodoh benar-benar./Apa fikir engkau?/Adakah engkau berasa seperti rasa aku itu?/Tidakkah boleh ulama-ulama kita mengkhidmatkan dirinya dan membuat kerja seperti padri-padri Kristian itu daripada berleter-leter sepanjang-panjang masa menyuruh aku supaya jangan membuat pekerjaan yang aku sememang-memangnya sudah tahu menjadi tegahan kepada agama...../Apa fikir engkau? Betul tidak kata aku?”
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Ya, baharu lama Kita tahu siapa Pak Pandai; jasa2 arwah sebagai Negarawan Malaysia yg digagaskan oleh PM pertama Bapa Merdeka Dan berkaitan dengan Umno juga; justeru peristiwa bersejarah Bukan sahaja tentang politik tetapi juga sejarah sosiobudaya, Seni hiburan ekonomi georagi, Agama dll. Penyelidikan Dato' Ahmad Bukan sahaja pada Akhbar Pengasuh oleh ulama Pentadbir 3 Serangkai Tok Kenali Dan ? & ? Di bawah naungan alSultan Kelantan DarulNaim .
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Pak Pandai Dato' Onn Jaafar. Pak Pandir Moden @ Hantu Raya ? Pula; Dan anak cucu cicit Pak Pandir Melayu sezaman AlSultan Melaka & Hang Tuah tetapi tidak tahu ttg Pak Pandir manakala Pak Pandir sendiri tahu ttg. Sultan Melaka & pahlawan Hang Tuah bersaudara ..
    Siapakah anak cucu cicit ciut Pak Pandir? Dialah watak Dr Polan Cupan karya Pengkritik kontroversi yg menolak Panel ASN yg masih bergaduh sesama sasterawan sarjana & Pensyair tersohor Tanah air ..
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Pada Mac 1891, J.W. Floyd tiba di Singapura sebagai Mission Superintendant. Pada Ogos beliau mencadangkan akhbar Mission dinamakan The Malaysia Message. Terbitan pertama pada Oktober disunting beliau. Tetapi pada keluaran berikutnya beliau kembali ke U.S. Mulai Januari 1892, Shellabear menjadi editor majalah bulanan setebal 10 halaman itu. Tugas itu dikendalikannya hampir sepanjang 23 tahun menyusuli. Di antara penulis-penulis ialah Sophia Blackmore, H.L. Leuring, B.F. West, J.A.B. Cook, Rev. Murry, Rev. Reith, Rev. Walker dan lain-lain. Shellabear sendiri juga memberi sumbangan seperti menterjemah penulisan dakwah Kristian misioneri Belanda di kalangan penutur Melayu di Hindia Timur Belanda. Beliau terutama menyumbang dan memberi impak melalui ruangan “Notes and Comments”. Mulai tahun 1893 seterusnya Shellabear memuatkan juga artikel-artikel menyetuh agama Islam – “about the civilizing influence of Islam, its spiritual value, and its moral value.”
    • Like
    • Reply
    • 40 w

No comments:

Post a Comment