Wednesday, 30 December 2020

 Pelawaan Berniaga di Terengganu 1719

300 ratus tahun dahulu, Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah ibni Bendahara Seri Maharaja Habib yang melarikan diri selepas dikalahkan oleh Raja Kecil tinggal di Terengganu bagi tempoh 1719-1721. Dalam usaha merampas semula takhta kerajaan Johor baginda telah berunding dengan dua orang pedagang Perancis (Pedro-Villaumont Gardin) dan Scotland (Alexander Hamilton) sambil merisik kemungkinan Inggeris atau Perancis bertapak di negeri Johor atau wilayah-wilayah yang di bawah pengaruh baginda. Hamilton memberitahu dia tidak yakin Inggeris berminat. Apabila dibayangkan Perancis mungkin berminat, sultan telah mengutuskan surat dengan bantuan pedagang-pedagang berkenaan. Warkah asal dalam bahasa Melayu dengan terjemahan dalam bahasa Perancis ditemui di Bibliotheque Nationale di Paris.
Sebahagian dipetik: “... beta memberi surat kepada Louis Quinze Roi de France et de Navarre kalau hendak berniaga dalam Terengganu barang dagangan yang ada (8) dalam Terengganu itu beta tolong carikan kemudian dari itu jikalau ada kasih serta tolong Louis Quinze Roi de France et de Navarre akan beta minta tolong (9) barang yang ketidakan kepada beta seperti bedil dan ubat bedil dan peluru, dan barang sesuatu kesakitan beta itulah sahaja beta minta tolong serta kasih (10) kerana beta sangat kesakitan jikalau Louis Quinze Roi de France et de Navarre menyuruhkan sebuah kapal berniaga barang di mana takluk rantau di negeri Johor itu beta bebaskan (11) jikalau sampai surat maksud beta minta tolong barang yang kesakitan beta itu mau adalah tolong Louis Quinze Roi de France et de Navarre akan beta tamat.”
Nampaknya warkah itu tidak menarik minat Raja Perancis Louis XV.
(Rujuk E.U. Kratz, 2004. “Selembar Warkah Berbahasa Melayu kepada Louis XV, Raja Perancis”, dalam Segi-segi Karangan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 49 (40-54)
No photo description available.
Zulkifli Salleh, Ahmad David Kholilurrahman and 21 others
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment