Sunday, 27 December 2020

 Lisan tertakluk

Aku melintasi S. Nathesan, “Hegemoni Bahasa Inggeris terhadap Pengguna Bahasa Melayu” (Bahasa dan Masyarakat), Dewan Bahasa, Jilid 20, Bil. 8/2020, muka surat 12-15.
Banyak pemerihalan tentang tabiat bahasa di kalangan warga Malaysia disentuh beliau.
Beliau juga menyenaraikan sebilangan perkataan bahasa Inggeris yang telah menakluk pengguna bahasa Melayu sehingga tercemarlah Bahasa Jiwa Bangsa ini.
Yang aku herannya, dalam kurungan pada carta itu perkataan-perkataan yang sudah mantap semenjak sebelum merdeka lagi tersisih.
Rupa-rupanya kalau negara merdeka pun, apalagi hampir selama usiaku, pemilik bahasa asal negara ini belum tentu lagi menyedari dan menikmati sepenuhnya anugerah yang teramat besar itu.
No photo description available.
M Jusoff Taib, Rismayanti Idris and 7 others
3 comments
Like
Comment
Share

Comments

  • Harjit Singh Hullon, “Saya mencintai bahasa kebangsaan. Oleh hal itu, saya tidak mencemarkan bahasa itu. Saya menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dan tepat dari segi penulisan dan pertuturan. Saya juga mencintai bahasa Inggeris. Maka saya memastikan bahawa saya tidak mencemarkan bahasa itu. Saya menggunakan bahasa Inggeris dengan betul dan tepat dalam pertuturan dan penulisan. Begitu juga halnya dengan bahasa Punjabi.” (Lihat, Uthaya Sankar SB, “Pencemaran Bahasa Kamus Sebagai Sahabat yang Akrab” (Bual Bahasa – Harjit Singh Hullon), Dewan Bahasa, Jilid 7, April 2007, muka surat 58-62.)
    Image may contain: 1 person, text that says ""Saya mencintai bahasa ke- bangsaan.""
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 w
  • ini perkataan harian* janganlah jadikan tuturan rasmi' pula
    • Like
    • Reply
    • 6 d
  • syabas Tuan Harjit" saya menunggu jam warta berita * bahasa yg jelas pertuturannya*
    1
    • Like
    • Reply
    • 6 d

No comments:

Post a Comment