Rapuh 11/2019: Persirian Pengasuh
Pernah aku tulis, Pengasuh asal (bukan salinan fotostat) dan terawal dalam koleksiku ialah Bilangan 312, November 1958. Dari segi turutan pernomboran atau pembilangan siri ini bermula dengan bilangan 1 Tahun 22 yang terbit pada 13 Jun 1946/14 Rejab 1365. Sedangkan kita tahu Pengasuh julung-julung kali terbit pada 21 tahun lebih awal iaitu Bilangan 1, Tahun 1, 11 Julai 1918 . Jumlah siri atau bilangan bagi tempoh sebelum Perang Dunia Kedua ialah 642. Seharusnya disedari bahawa dari segi nombor siri, Pengasuh terbahagi kepada dua fasa; fasa sebelum Perang Dunia Kedua dan fasa selepas Perang Dunia Kedua.
Hari ini (21 Ogos 2019), selepas selesai mengkaji sebahagian jilid-jilid Pengasuh di Perpustakaan Islam MAIK aku ke Syarikat Jaffar Rawas membeli Pengasuh keluaran mutakhir, Bilangan 664, Mei-Jun 2019. Dengan ini bermakna dalam tempoh 13 Jun 1946 sehingga Jun 2019, iaitu fasa selepas tamat Perang Dunia Kedua, sudah 664 keluaran Pengasuh diterbitkan. Dari segi tahun atau bulan, fasa ini meliputi 73 tahun atau 876 bulan. Ada sebab-sebab tertentu kekurangan 212 keluaran, dengan andaian majalah itu diterbitkan sebulan sekali.
Hakikatnya, MAIK tidak berhasil menerbitkan Pengasuh setiap bulan. Apa yang berlaku, kekerapan terbitnya tidak seragam. Ia berubah-ubah. Ada Pengasuh diterbitkan sebulan sekali (contohnya Bilangan 351, Februari 1967; Bilangan 354, Mei 1967; Bilangan 370, September 1968; Bilangan 371, Oktober 1968; Bilangan 376, Mac 1969; Bilangan 377, April 1969; Bilangan 378, Mei 1969; Bilangan 384, Januari 1970; Bilangan 403, Februari 1975; Bilangan 404, Mac 1975; Bilangan 405, April 1975; Bilangan 516, Disember 1991);
Yang diterbitkan dua bulan sekali (contohnya Bilangan 379, Jun-Julai 1969; Bilangan 408, Julai-Ogos 1975; Bilangan 409, September-Oktober 1975; Bilangan 451, April/Mei 1980; Bilangan 517, Januari-Februari 1992; Bilangan 616, November/Disember 2009; Bilangan 622, Januari-Februari 2011; Bilangan 626, Januari-Februari 2013; Bilangan 641, Julai-Ogos 2015; Bilangan 648, September-Oktober 2016; Bilangan 652, Mei-Jun 2017; Bilangan 661, November-Disember 2018);
Ada pula kekerapan terbitnya menjadi tiga bulan sekali, contohnya, Bilangan 485, Januari-Mac 1987; Bilangan 490, April-Jun 1988; Bilangan 568, Januari – Mac 2001; Bilangan 600, Oktober/November/Disember 2006; Bilangan 612, Januari/Februari/Mac 2009; empat bulan sekali, contohnya Bilangan 482, Mac- Jun 1986; bahkan lebih lama lagi untuk satu keluaran (7 bulan), contohnya, Bilangan 624, Jun-Disember 2011;
Ada pula aku ketemu nombor siri itu digabungkan, contohnya Bilangan 373-374, Disember 1968-Januari 1969; Bilangan 380-381 untuk bulan Ogos 1969; Bilangan 395/396 untuk Mac/April 1971; Bilangan 401/402 untuk bulan-bulan September/Oktober 1971.
Di samping itu, memang nyata bahawa untuk suatu tempoh, Pengasuh benar-benar terhenti penerbitannya. Misalnya, Pengasuh, Bilangan 401/402 (satu naskhah gabungan) ialah untuk September/Oktober 1971 sedangkan Bilangan 403 ialah keluaran bulan Februari 1975. Ini bermakna bagi tempoh November 1971 hingga Januari 1975 (50 bulan), penerbitan Pengasuh tertangguh.
Analisis ini tentulah hambar untuk dikunyah. Namun, di sebaliknya beberapa masalah atau isu dalaman pengurusan majalah ini boleh dicungkil daripadanya.
33Zulkifli Salleh, Rismayanti Idris and 31 others
Comments
Bersyukur. Salam afiat Dato' Ahmad Said & isteri; Selamat dalam perjalanan nanti ke destinasi ibu Kota setelah datang mentelaah majah tertua di Nusantara hingga beroperasi sampai Hari ini;
Analisis Dato' tidak hambar persis dibimbangi sendiri Padahal tiada siapa peduli macam orang/ sarjana tidak peduli pada K. Bali @ TENH Beng Chuan (Penulis Melayu Bukan Melayu Malaysia no. 1 sejak merdeka @ Malaysia diistiharkan 16 Sept. 1963 .. mengikut Perlembagaan Persekutuan);
Kajian Dato yg detail terperinci menganalisis Siri bilangan keluaran majalah Pengasuh .. Ada yg terpaksa terbit Dua bulan sekali, tiga bulan hingga tujuh bulan; Ada yg diterbitkan serentak berkembar keluaran .. barangkali Ada pula perubahan editor/ Sidang Pengarang yg berubah?
Contoh semasa semua majalah berkala ini DS/ Dewan Sastera pabila editor berubah maka biasa diikuti perubahan kulitcovernya ..
* Pendekkan wacana, apa yg sedang dikerjakan Dato' Ahmad kini yg sudah siap jilid2 boleh segera diterbitkan Dan bersambung terbitan pada kajian semasa, dari Masa ke semasa ..
* KPM bahkan @ di bawah apa agensi kementeriannya Dato' Ahmad Said bertanggungjawab membuat penyelidikannya?
Jika orang Barat tradisi penyelidikannya di bawah institusi tertentu walaupun banyak sekali dikerjakan individu (yg kadang merintih jugà perlu bantuan ..) tetapi hobi diteruskan .. ya, siapa nak menyambung kerja2 kajian Dato' Ahmad Said ?
Sayang sekali gambar Kita bersama Dato' Ahmad Said di Pdp petang & semalam telah sirna dek myfon tamada!!!
Tak habis lagi ko cerita K Bali?
Itulah, pensyair Pak Nawawee Tak pernah mahu tahu ttg. Sumbangan besar k. Bali @ TENH Beng Chuan SASTERAWAN dipinggirkan sengaja oleh sarjana master seperti Tuan Nawawee sendiri; tetapi Kita tiada pernah memaksa sesiapa pun apatah terhadap Kerajaan; tetapi Kerajaan sendiri boleh memaksa warganegara mematuhi Perlembagaan Persekutuan dalam BM bahasa JiwaBangsa fasa 152 .. Hubaya2 jika keRajaan dahulu aibkan rakyat selama lebih 60 tahun Tak martabatkan daulatkan bahasa kebangsaan rasmi negara mengikut Perlembagaan .. apakah yg terjadi pada PRU14 ?!!
Jika Tuan Nawawee membaca buku Biografi/ Autobiografi & pihak birokrasi @ sarjana sendiri secara fakta akademik Tak pernah menyebut K. Bali dalam wacana bicara Penulis Bukan Melayu @ pelbagai kaum dlm kajian mereka; adakah munasabah sarjana Jepun yg buat kajian PhD tentang k. Bali dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia khasnya di Sabah (Dr ?! Tersebut mentranskpripsi majalah Qalam dlm jawi ke Rumi .. astagfirullah seorang master sastera Tak kenal k. Bali ..
Patutlah Dr Nordi Ache menempelak para sarjana Kita sbg Prof kangkung/ pondan dll
Sebelum Kita beri syarah ttg. K Bali kpd Nawawee seorang master sajaksajAk yg tegas; elok dlm kesempatan tanyakan Dato' Ahmad Said: tahukah siapa k. Bali yg ikut rombongan bangsawan primadona Kasmah Booty berkemah & main bangsawan di kg Besut pada tahun2 50-an 60-an .. sudah lama lagi tahun 1948 k. Bali menulis untuk kesedaran pemuda mudi Tanah Melayu untuk "Merdeka" Kuala Lumpur yg dikuasai penjajah Inggeris; k. Bali menulis di Sungai padi negeri kedua Pensyair Nawawee sendiri di Narathiwat ..
K. Bali tidak berambutpanjang utk suka2 tetapi itu adalah "Nazar Merdeka" kpd: YTM Tunku Abdul Rahman Putra alHaj Bapa Merdeka & Bapa Malaysia & Perdana Menteri pertama (Budak sekolah rendah diwajibkan tahu ttg. Ketatanegaraan & sejarah negara sama Ada suka tidak suka .. Arwah K. Bali sudah lama tahu bahkan belajar bahasa Siam sementelah arwah orang Siam bondanya; kebetulan ditakdirkan Allah Swt yg bonda Tunku juga orang Siam ..); nampaknya hanya Nawawee dan konco Tak suka pedulikan siapa K. Bali
No comments:
Post a Comment