Wednesday, 30 December 2020

 Utusan Melayu: Kunjung penamat (4)

Pada hari ketiga (2 Disember 2019), penggunaan wave tidak bermasalah lagi. Perjalanan Kelisa pun selesa. Selepas betolak dari rumah pada pukul 10 pagi, setengah jam kemudian aku sudah berada di halaman gudang Utusan Melayu. Hari ini aku tidak membawa troli pasar sebab hajatku hendak mengambil beberapa buah naskhah tertentu sahaja. Sambil berlenggang pun boleh. Tentulah tidak lama masa diperlukan untuk maksud itu.
Yang aku sebenarnya mahu mengambil hanyalah, Siti Zainon Ismail, Delima Ranting Senja, 2009. Pada kedatangan yang awal buku ini tidak terambil kerana berbelah bahagi – sudah ada atau belum? Di samping itu, mahu juga aku mencari Zainuddin Maidin, Wira tak Didendang, 2006 (cetakan pertama 2004); Kalau boleh, mahu juga pungut edisi bahasa Inggerisnya, The Unsung Heroes, 2004. Versi bahasa Melayu ada dalam kulit nipis dan kulit keras. Harganya sama. Edisi bahasa Inggeris tidak kelihatan. Tetapi ketika kutanyakan petugasnya, dia mudah mencarinya. Segera dipanjatnya tangga yang tinggi di tempat bungkusan buku itu tersimpan. Dihulurkan beberapa naskhah kepadaku. Aku mengambil senaskhah dan yang lebih diletakkan di rak pada aras lebih rendah. Tentu pembeli lain mudah menemuinya nanti. Maknanya untuk judul ini aku mengambil ketiga-tiganya – kulit nipis dan kulit keras edisi bahasa Melayu dan edisi bahasa Inggeris.
Tetapi aku mempunyai masa yang lumayan. Cukup kalau terniat menyelongkar buku-buku lain dengan lebih terperinci lagi. Maknanya, naskhah-naskhah yang sedia dikutip itu seharusnya ditambah dengan judul-judul yang lain. Itulah yang kulakukan. Kucapai judul-judul yang bermanfaat. Sejudul demi sejudul. Naskhah-naskhah itu membukit juga. Beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain troli ke sana sini dalam gudang itu menyapa. “Atok! letak buku-buku itu atas troli ni. Kami boleh tolak ke depan sana.” Aku menyambut pelawaan mereka. Bilangan buku yang banyak itu mengganggu pergerakanku mencari yang lain. Bersama-sama mereka buku-buku itu dihantar hampir kaunter kasyier. Kemudian, aku menyambung lagi. Bergerak dari satu rak ke satu rak yang lain. Mengharapkan ditemui judul-judul yang lain pula.
Demikianlah judul-judul lain diambil juga. Dicampur judul-judul hantaran awal tadi, ternyata banyak naskhah juga yang berjaya dipungut. Ketika membayar di kaunter, kasyier sudah meringkaskan catatan senarai buku di bil. Pada dua hari berturut-turut yang lepas, bil bayaran menyenaraikan semua judul buku yang dibeli. Sekali gus menjadi catatan judul-judul buku yang dibeli selengkapnya. Resit itu boleh dirujuk semula untuk mengelakkan pembelian berganda, ke atas buku-buku berjudul sama, sedia ada dalam koleksi. Untuk kali ini, hari ketiga aku mengunjungi gudang itu, tercatat: Umum Offer, RM2 x 17 = RM34; RM5 x 41 = RM205; RM5x2= RM10; RM10x2= RM20. Jumlah pembelian ialah RM269.00.
Kasyier itu mengucapkan terima kasih selepas urus niaga selesai. Dia mempelawaku datang lagi. Dia sudah mengenaliku, kerana dalam dua pembelian yang awal buku-buku yang dibawa pulang dikira banyak dan ‘mahal’ walaupun berdiskaun.
Segera aku memasukkan buku-buku itu ke dalam Kelisa. Seorang pekerja membantu sebagai tanda penghargaan.
Aku sebenarnya perlu segera kembali ke Kampung Tunku. Abangku menelefon. Dia dan keluarganya dari Besut telah berada di depan pintu pagar rumah. WhatApps yang dihantarnya tidak kubuka dan kerana itu kedatangannya tidak disedari awal. R kurang upaya sedikit sebulan dua kebelakangan ini. Untuk bergerak selangkah dua dalam rumah pun bermasalah. Mungkin lebih baik aku segera berada di rumah menyambut kunjungan itu.
Kini, terasa hampir semua judul penerbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd yang menjadi minatku, yang telah ditawarkan di gudang itu telah kupilih. Aku tidak akan kesal lagi sekiranya tidak berpeluang berkunjung di situ selepas itu. Namun, jualan di gudang itu bakal berakhir pada 31 Disember 2019. Boleh jadi aku akan muncul sekali lagi. Buat kali terakhir. Aku menjangkakan semua stok buku yang ada tidak akan terjual habis. Pengurusan gudang besar itu berkemungkinan menawarkan harga runtuh kelak. Kalau terjadi begitu, aku akan menjemba gudang itu. Judul-judul menarik yang sedia ada dalam milikku, akan tetap kubelikan.
Menambah sebilangan naskhah yang sama tidak mustahil. Naskhah-naskhah itu tidak rugi dimiliki untuk suatu tempoh yang munasabah. Selepas itu, terpulanglah kepadaku untuk manfaatkan naskhah-naskhah berkenaan.
Bukanlah aneh memiliki satu-satu judul dalam beberapa naskhah – dua, tiga, empat atau lebih. Banyak yang demikian sedia tersimpan dalam koleksi. Buku, Zainuddin Maidin, Mahathir Di Sebalik Tabir, (1994), berkulit tebal kuambil. Di rumah judul yang sama tersedia. Berkulit nipis. Sebuah lagi, Zainuddin Maidin, Surat daripada Dr. Mahathir, (ulang cetak 2010) kukutip. Di rumah sudahpun ada buku ini. Tetapi walaupun semuanya sama – dari segi reka bentuk kulit, ia tetap berlainan kerana merupakan edisi terbitan pertama 2008.
Begitulah aku dan buku. Pabila bertemu.
Image may contain: Ahmad Said, sitting
La Hami Bin Ahmad, M Jusoff Taib and 55 others
12 comments
3 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Hehe..borong buku ye tok..
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Begitulah pencinta buku,selalunya berhajat membeli satu atau dua buku tetapi akhirnya beli berpuluh-puluh buku😊.Saya hitung-hitung dari jauh ni Dato sudah beli beratus buku yang dijual gudang ni.😊
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
    • Edited
  • 🐎Bersyukur & 
    terbaik
     Dato' Ahmad yg Saya ikuti Dalam kesempatan .. beberapa judul karya Zam terutamanya .. adakah benar sebuah karyanya berjudul: Pergi Mampus Umno?! Adakah ini fitnah kewartawanan sahaja?
    Apa pun elok sekali Saya sendiri berkunjung balas KE rumah buku Dato' Ahmad Said Pula di Kg. Tunku KL yg sesungguhnya ramai kenalan sekampung tinggal di situ .. selain Prof Hj Penyair Sufi A Wahab Ali & Alhm sifu Drs Pak Umar Junus ..
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Maaf Dato, anak saya dengan beberapa kawannya yang main tolak2 troli tu. .Kita ada bertegur sapa hari tu. Dato mencari buku Wira tidak didendang dalam bahasa Inggeris, The Unsung Hero tu.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
    • Edited
  • Betakkuma OK, bear giving a salute sticker
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Tahniah Dato'. Tak termampu saya ikut Dato'.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Maaf bertanya... Gudang utusan terletak di mana... Sy berminat juga untuk membeli buku di sana
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Googlekan Utusan Publication guna aplikasi Maps. Akan jelas lokasinya.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Mini Usagyuuun thumbs up, bunny clinging to hand giving thumbs up sticker
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Tapi tadi saya nampak tuan di sana...
    2
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Hari ini hari keenam. Ceritanya akan menyusul. Kenapa tak sapa?
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Segan tuan...hihihi
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment