Rapuh 6/2019: O.T. Dussek (3) – Dipecat mengejut
Abdullah Sanusi Ahmad menghubungi O.T. Dussek di Sussex, England pada 21 Jun 1960 untuk mendapatkan maklumat bagi menyempurnakan kajian/thesis beliau di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Dussek menjawab surat itu pada 13 Julai 1960. Ketika itu beliau berusia hampir 74 tahun. Saya hanya tertarik untuk menyalin sedikit kandungan surat itu yang menyentuh tentang perasaan beliau dalam kaitan dengan pengalaman semasa berkerja di Tanah Melayu.
“... I suppose I ought to have written a book about Malay Education during my period, but I felt nobody cared. And I was most embittered by the way I was treated. An astonishing situation has risen as I am the only European Officer who devoted practically the whole of his career to Malay Education, and who knows at first hand all that was done –or not done – during the period 1914-1936.”
Kata-kata Dussek itu sebenarnya menjelaskan kekecewaan yang amat sangat beliau kerana telah diberhentikan oleh kerajaan British daripada jawatan Pengetua SITC, ketika sedang bercuti di England pada tahun 1936. Ketika itu beliau berusia 50 tahun.
Saya percaya sangatlah menarik kalau kita dapat menyelidik sejauh mana tindakan O.T. Dussek membahayakan penjajahan berterusan British di Tanah Melayu.
(Bacaan: Abdullah Sanusi bin Ahmad, 1966. “Peranan Pejabat Karang Mengarang Dalam Bidang2 Pelajaran Sekolah2 Melayu dan Kesusasteraan di-kalangan orang ramai”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama, muka surat 72-73). Latihan ilmiah Abdullah ini disiapkan pada tahun 1960).
Sumber gambar: Awang Had Salleh, 1974. “Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama. Dikatakan gambar itu bertarikh 1918 semasa O.T. Dussek menjadi Pengetua, Malay Training College, Melaka.
No comments:
Post a Comment