Wednesday, 30 December 2020

 Rapuh 15/2019: Cetusan Universiti Di Alam Melayu

Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani menulis dalam Hadiqatul Azhar War Rayahin, (1307H=1889M):
“Dan membina mereka itu akan beberapa banyak madrasah, iaitu rumah tempat mengajar, dan mengaji segala ilmu dan [ber]bagai-bagai hikmah, dan kepandaian yang bergantung dengan dunia dan akhirat mereka itu.
... bahawa hamba memperikan kepada kamu akan setengah barang yang berlaku pada negeri Istanbul, dan Mesir, dan lain-lain daripada kedua-[dua]nya, pada me[ng]amat-amati dengan ilmu. Maka adalah raja-raja mereka itu membinakan bagi mereka itu beberapa madrasah yang besar-besar.
Dan dihias{i}kan dengan segala hiasan yang sangat indah pada segala mata.
Dan cenderung kepadanya oleh segala hati.
Lagi jadi bersih dengan dia cerdiknya.
Dan gemar oleh segala akal pada menuntuti akan segala ilmunya.”
(Lihat, Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, “Hadiqatul Azhar War Rayahin Asas Teori Takmilah Sastera Melayu-Islam Jilid 1”, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1998, muka surat 89-90).
No photo description available.
M Jusoff Taib, Ahmad David Kholilurrahman and 16 others
9 comments
2 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • molek sangat mutu manikam ini edisi, Dato'
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Ya, petikan teks ulama pattani & tuk guru Kpd Tok Kenali ini diajarkan Kpd murid2 ting. 6/ Stpm Dato' Ahmad Said, .. arwah Wan Ahmad alFatani ialah pelopor "Nazam Melayu" sbg puisi tradisional Dan Kita terpengaruh dgn menghasilkan beberapa buah Nazam .. misalnya buku Nazam Plumeria Acuminata yg menghormati Bapa sdr arwah TS Ahmad Noordin Hj Zakaria, bekas Juru Audit negara dlm Kabinet Tun Razak (arwah jugà Bapa saudara Pengkritik kontroversi PB) ..
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Puisi "Nazam" yg dipelopori Syeikh Wan Ahmad alFatoni Kita ingat strukturnya terdiri daripada Dua baris serangkap yg rima akhirnya menyamai Gurindam 12 Raja Ali Haji tetapi Ada syaratnya ikatan baris pertama & kedua; manakala Nazam lebih kepada Pengajaran Agama yg fokus Kpd sejarah .. maka Kita karanglah Nazam buat Arwah TS Ahmad Nordin Hj Zakaria yg Cemerlang kepujian sbg pentadbiran kewangan negara (bahkan sebagai Ketua Suruhanjaya penyiasatan Skandal terbesar Kewangan BMF ketika itu; jika sesiapa peka sejarah seorang Pegawai bank dibunuh/ terbunuh di Hong Kong ..); tetapi puisi Kita kepada Alhm. Paksu Mat Noordin Ada beberapa buah yg bercorak Biografi kekeluargaannya yg sudah tentu tidak penting Kpd khalayak yg tidak boleh mengambil iktibar mesejnya .. lebih lagi Kpd sarjana yg kurang senang dgn corak puisi Tertentu spt Nazam, Seloka, Gurindam, kini terbaharu sonian .. haiku Tanka & jugà "Cerpuisi" yg prosaik/s sebelumnya ..
    No photo description available.
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • “Ada pun ubatnya ialah “pengetahuan” maka carilah penawar ini ayuhai sekalian saudara dengan bersungguh-sungguh hati supaya jangan dikata orang, kita daripada umat yang mati.
    Jangan sekali-kali kita putus harap daripada mendapatnya dan hendaklah dari hari ini kita mulai bersuara kepada yang memegang teraju perintahan kita supaya dibangunkan beberapa tempat pelajaran pada tiap-tiap tempat daerah mukim kita, dengan sebab pengetahuan itulah suatu perkara yang teramat wajib didahului sekali daripada yang lain-lain. Maka janganlah kita diam daripada menuntut akan dia sehingga dapat dan lagi terwajib pula di atas pengingat-pengingat dan pemimpin-pemimpin kita bekerja dengan bersungguh-sungguh hati mengangkatkan sebarang galangan dan penyakit-penyakit itu daripada jalan bangsa-bangsa kita supaya menuju kita kepada jalan yang terus ke medan kemajuan yang dituntuti.”
    (Lihat, [Tanpa nama pengarang], “Kemajuan Bangsa Melayu”, Pengasuh, Tahun 1, Bilangan 12, 19 Disember 1918. Dimuatkan semula dalam Pengasuh, Bilangan 646, Mei-Jun 2016, muka surat 36-37).
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Dalam Pengasuh, Tahun kesembilan, Bilangan 204, 22 September 1926, perkataan Inggeris “College” diterjemahkan oleh Pengasuh sebagai “Istana Pengetahuan” jadi ‘Malay College Kuala Kangsar’ dimelayukan sebagai “Istana Pengetahuan Melayu Kuala Kangsar”. Rencana Pengasuh yang dirujuk itu disiarkan semula dalam Pengasuh, Bilangan 654, September-Oktober 2017, muka surat 40.
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Pada tahun 1935, Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Tidak Bersekutu masih belum lagi mempunyai ‘universiti’. Itu sebabnya kita dapati pandangan Onn bin Jaafar, “ Kita bukannya berhajat hendak menyuruh orang-orang Melayu berperangai bongkak dan sombong kepada barang siapa pun akan tetapi jika orang-orang Melayu itu berkehendak meninggikan maruah bangsanya maka hendaklah dihilangkan segan dan malu yang tiada berpadanan dengan zaman ini dan tujuan yang sedemikian itu tidak boleh didapati melainkan dengan mencampurkan diri kita dengan lain-lain orang dan di tempat-tempat yang telah sedia mempunyai darjah dan tarikh oleh kerana daripada percampuran itu baharulah dapat dihilangkan perasaan yang tiada boleh memajukan sesuatu bangsa iaitu perasaan sentiasa terendah ataupun merendahkan diri./Bolehkah didapati bagaimana yang tersebut di atas ini dengan tidak mencari pelajaran yang lebih tinggi di negeri-negeri yang telah masyhur pelajarannya? Tentu sekali tidak boleh.” (lihat, Rencana Pengarang, “Seminggu Sekali”, Lembaga Malaya, 27 Mei 1935).
    2
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • “Beliau [A. Kadir Adabi] menggesa supaya ditubuhkan sebuah maktab untuk mendidik anak Melayu di Kelantan yang seakan-akan maktab di Kuala Kangsar dan di Tanjung Malim. Beliau juga mengemukakan petisyen kepada Sultan untuk menubuhkan Universiti Melayu di Kota Bharu. Universiti ini akan dibiayai oleh wang yang dipotong daripada gaji birokrat, loteri, dan cukai. Walau bagaimanapun, beliau diberitahu bahawa masanya belum sesuai untuk memulakan usaha seperti itu.” (Lihat, Virginia Matheson Hooker, 2003. Mencipta Masyarakat Baru Perubahan Sosial Menerusi Novel Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 531-532).
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment