Wednesday, 30 December 2020

 Asal “Dia Orang”?

“... supaya apabila orang Melayu berbahasa Melayu yang halus kita jangan tinggal bingung, akan tetapi supaya kita bulih, mengerti dan menjawab dalam bahasa Melayu yang halus juga sebabnya bahasa Melayu ini ferluh (indah) skali, kita yang ada tinggal di Tanah Melayu ini musti mengerti dengan sebenar-benarnya. Tiada bulih kita tahu suratnya, bahasanya wajib kita musti tahu juga, sebab peranakan Cina dalam Sumatera banyak skali yang tahu dalam surat-surat Arab bahasa Melayu, dan jadi mudahlah dia orang membaca berbagai jenis syair dan hikayat dalam bahasa Melayu itu adanya ...” (Bintang Timor, No. 75, 6 April 1895 seperti dipetik dalam Ahmat Adam, Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas, muka surat 73. Ejaan disalin seperti dimuatkan, tanpa pindaan).
Akhbar Bintang Timor (2 Julai 1894 - 2 Julai 1895) dipimpin oleh Baba Song Ong Siang dan dibantu oleh Baba Tan Boon Chin. Ia dicetak oleh Percetakan Sin Yew Hean, Singapura.
Gambar hiasan dipetik daripada paparan dalam buku karya Ahmat Adam yang dirujuk.
No photo description available.
La Hami Bin Ahmad, Zulkifli Salleh and 20 others
3 comments
Like
Comment
Share

Comments

  • Di Indonesia dulu ada juga nama surat kabar serupa nama, tapi berhaluan kiri Komunis
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Muhammad Ibrahim Munsyi menyentuh perbezaan bahasa Melayu yang digunakan di Pulau Pinang dengan bahasa Melayu “yang betul”. Perkataan-perkataan Melayu yang dijadikan contoh ialah air, kapal, pergi, dia orang, itu, tiada, beri, encik, mari. Persamaan perkataan-perkataan itu dalam sebutan Pulau Pinang ialah ayak, kapai, pi, depa, tu, tak, bagi, cek, maghi.
    Maka ternyata sebutan “dia orang” itu sudah pun biasa terpakai pada tahun 1872.
    (Lihat, Mohd. Fadzil Othman, 1980. Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 108. Nota: Dalam dokumentasiku, perkara ini dimasukan dalam fail "Bahasa").
    1
    • Like
    • Reply
    • 41 w
  • Sedang saya membelek-belek M.B. Lewis, Translation and Composition Exercises For Malay Students with notes for English students. London: Macmillan & Co Ltd., 1957 (First edition 1952), saya melintasi satu contoh ayat dalam bahasa Inggeris, dengan terjemahannya dalam bahasa Melayu menyusuli, di muka surat 4;
    “Why did they put off the committee meeting?
    Apa pasal dia orang tanggohkan mĕshuarat jawatan kuasa ‘tu?”
    • Like
    • Reply
    • 40 w

No comments:

Post a Comment