Tuesday, 29 December 2020

 Utusan Zaman, 1941: Resensi buku terawal!

Ulasan buku terawal terbit dalam Utusan Zaman, 30 Ogos 1941, muka 13, ditulis oleh Ustaz Muhammad Fadhlullah Suhaimi, “Panduan Kahwin Yang Berbahagia”. Tidak pula diperolehi maklumat lanjut mengenai ‘kitab’ itu seperti penerbitnya, dan lain-lain. Bagaimana pun diberitahu buku tersebut telah diiklankan dengan meluas dalam Utusan Zaman “dan lain-lainnya di Malaya.”
Kata pengulas, “Sesungguhnya bahawa penjelmaan “Panduan Kahwin “Yang Berbahagia” ini telah ke belakang sedikit pada umat Melayu khasnya dan umat Islamiah amnya di sebelah sini, tetapi masih juga lagi banyak masaa bagi menggunakan dia pada zaman ke hadapan serta ada harapan besar bagi mencapai kebahagiaan itu insya-Allah.”
Beliau menegaskan kitab “itu faedah besar bagi semua peringkat dengan tidak terkecuali lagi sama ada lelaki atau perempuan yang telah atau akan berkahwin daripada pangkat kuli, mata-mata, askar, kerani, manager, guru, jurunikah, kadi, ulama, menteri dan raja!”
No photo description available.
As Abbas, Hazel Sali and 2 others
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment