Naskhah rosak - “Mengenal Diri Dan Wali Allah”,
Buku ini, Mustapha Mohamed Al-Jiasi ((Al-Ahmadi), “Mengenal Diri Dan Wali Allah”, (Jawi), Pustaka Aman Press, Kota Bharu, cetakan ke-29, 2013 diisytiharkan “Rosak” dan terjual secara lambak di kaki lima kedai Jaafar Rawas, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Harga asalnya tercatat RM10.00 dan ditawarkan dengan potongan 50% (bererti RM5.00). Cetakan pertama buku ini ialah pada tahun 1972.
Saya membelek-belek buku ini dan didapati susunannya teratur dari muka surat 1-96 tetapi disusun terbalik mulai muka surat 97 hingga tamat pada muka surat 185. Dengan keadaan demikian, pembacaan dari muka surat 1 hingga 96 adalah pembacaan kaedah Jawi, iaitu dari kanan ke kiri tetapi pembacaan seterusnya ialah dengan menterbalikkannya sebaik mencapai muka surat 97 dan terus membacanya seakan membaca buku bertulisan Rumi, iaitu dengan membeleknya dari kiri ke kanan sampai selesai. Ternyata, tiada pun kehilangan sebarang halaman. Ia sebenarnya sebuah buku yang sempurna!
Saya tidak kisah, malah gembira kerana keunikan ‘teknikal’nya ini.
No comments:
Post a Comment