Tuesday, 29 December 2020

Buku Terjemahan: Merintis kemerdehekaan dengan “Matahari Memancar”
Salah sebuah buku ‘moden’ terawal pernah diterjemah ke bahasa Melayu ialah “Matahari Memancar”, karangan Mustafa Kamil, Mesir. Buku ini diterbitkan pada 1906 oleh Matbaah al-Imam, Singapura. Penterjemahnya ialah Abdullah bin Abdul Rahman, wakil majalah al-Imam di Muar).
Muhammad Salim al-Kalali ketika meuaruarkan penerbitannya berkata, “... maka kami melihat bahawa pekerjaannya ini daripada khidmat yang patut dan wajib disyukurkan akan dia oleh segala ahli bahasa ini kerana orang yang tiada syukurkan manusia tidak syukur ia akan Allah Taala dan bermula mengetahui akan hal sekalian umat dan kejatuhan mereka itu dan naik mereka itu kemudian jatuhnya dan mengetahui akan segala sebab yang membawa kepada demikian ini setengah daripada sebesar-besar ibadat betapa tidak sanya telah diturunkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran daripada terisi dengan segala khabar yang dahulu-dahulu supaya kita jadikan akan dia penjaga mata pada waktu kesukaan pada malam hari atau penghiburan pada ketika kematian tidak sekali-kali tetapi supaya kita jadikan dia ibarat bagi kita dan peringatan atau penakutan atau penurutan.” (al-Imam, Jilid I, xi, 14 April 1907, dalam Abdul Aziz Mat Ton, 2001. “Politik al-Imam”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan kedua, muka surat 395).
Salinan foto dipetik daripada Jebat, Vol. 38 (2), Disember 2011. Gambar ini adalah Lampiran rencana Ermy Azziaty Rozali, (UKM), Mohammad Redzuan Othman (UM), Roziah Sidik @ Mat Sidek dan Ezad Azraai Jamsari, “Cabaran Membina Kemajuan Bangsa Melayu Dalam Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun “, muka surat 83-97.
No photo description available.
Zulkifli Salleh, Rismayanti Idris and 8 others
2 comments
Like
Comment
Share

Comments

 

No comments:

Post a Comment