Thursday, 31 December 2020

 Utusan Melayu: Kunjung Penghujung (18) – Kartun awal dalam Utusan Kiblat

Aku sebenarnya memperhatikan juga, kemunculan dan penggunaan kartun dalam akhbar-akhbar Melayu awal. Walau bagaimanapun, sejauh yang berkaitan dengan kartun-kartun dalam penerbitan Utusan Melayu kajianku meliputi kartun-kartun dalam akhbar-akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Banyak juga kartun-kartun itu dibuat keratan dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Penulisan tentang kartun-kartun itu akan dilakukan apabila kesempatan terbuka nanti, insya-Allah.
Diperhatikan untuk ruangan Senyum Kiblat, RABY (Raja Ahmad bin Yaakub) merupakan penyumbang kartun terawal dalam Utusan Kiblat. Beberapa contoh kartun beliau tersiar dalam Utusan Kiblat, bulan-bulan Jun 1972 (tentang kewajipan solat, muka surat 8; solat Jumaat diikuti Zohor, muka surat 43), Julai 1972 (amalan kebajikan tidak seteruk tanam sayur, muka surat 31; berambut pendek/panjang dan solat, muka surat 42); Ogos 1972 (“Kalau dalam telekung lima minit dah lemas”, muka surat 46); Disember 1972 (ayat-ayat al-Quran di dinding, muka surat 46); Januari 1973, (Khutbah yang sama, muka surat 23); dan November 1974 (jual tanah kerana ke Mekah, muka surat 24).
Seorang lagi kartunis ialah Osman Baru. Kartun-kartun beliau terawal termuat dalam Utusan Kiblat, Julai 1972 (ponteng sembahyang, muka surat 46), September 1972 (beristeri empat berbanding melaksanakan Haji, muka surat 17); dan Disember 1972 (makan riba’, rasuah, membazir, muka surat 15). Kemudian, didapati juga karyanya dalam Utusan Kiblat, Julai 1973, (mengenai pengantin baru, muka surat 47); November 1973, (menyindir orang yang tidak berpuasa dan berterawih ketika tiba bulan Ramadan, muka surat 17).
Tete Zamrud (Abdul Manaf Ahmad) juga menyumbang sejak awal lagi. Kartun awal termuat dalam Utusan Kiblat, September 1972 (uzur orang perempuan, muka surat 9; hafal lagu berbanding hafal al-Quran, muka surat 23; rukun nikah, muka surat 36); Oktober 1972 (pohon nombor ekor depan Kaabah, muka surat 7); November 1972 (sembahyang dan puasa selalu tempang, muka surat 11; melontar jamrah, muka surat 46).
Dalam dua tahun yang menyusuli, Tete Zamrud menyumbang karya-karya untuk Januari 1973 (solat Hari Raya sahaja, muka surat 5); Mac 1973, (serban besar, muka surat 5; taubat tahi kucing, muka surat 22); Julai 1973, (tabung ayam dan Tabung Haji, muka surat 34); Oktober 1973 (pencen, muka surat 37), Mei 1974 (hilang duit riuh, hilang sembahyang diam, muka surat 30), Jun 1974 (khutbah atau kempen pilihanraya, muka surat 28), Julai 1974 (solat lima waktu buat hanya satu, muka surat 30), Ogos 1974 (biar durian gugur jangan talak, muka surat 25), Oktober 1974 (berpuasa tanpa solat, muka surat 20).
Aku pernah melintasi kartun TZ dalam Utusan Kiblat, Jun 1984, muka surat 47.
Kartun Rossem yang terawal kujumpai tersiar dalam Utusan Kiblat keluaran Oktober 1972 (tentang kewajipan berjumaat, muka surat 47); April 1973 (10 tahun belajar di Mekah diserah mengendalikan madrasah, muka surat 33); dan Disember 1973, (tertidur apabila mendengar khutbah muka surat 23).
Seorang lagi ialah Yusni Muhammad (Yusma) memberi sumbangan seperti termuat dalam keluaran Utusan Kiblat, Disember 1972, (tuang sembahyang, muka surat 30), (mandi hadas, 42); Januari 1973, (abai solat, muka surat 8; hanya solat Jumaat, solat lain tidak, muka surat 18); Februari 1973, ( (siaran agama di TV, muka surat 10; tentang lepasan sekolah Arab disedari berguna bila ketiadaan Imam, muka surat 45); Utusan Kiblat, Disember 1974 (alpa nafkah lantaran beribadat, muka surat 46; cakap tak sama buat, muka surat 60).
Seorang yang bernama Ruma, tersiar kartunnya dalam Utusan Kiblat, April 1973, muka surat 47, (rambut dan janggut ikut Nabi, sembahyang tidak).
Sulaiman Juraimi, menyumbangkan ilustrasi seperti terlihat dalam Utusan Kiblat, Mei 1973, (ilustrasi – firman Allah, muka surat 5; (ilustrasi – Hadis, muka surat 17); Jun 1973 (ilustrasi Hadis, muka surat 31, (ilustrasi - Hadis, muka surat 47); April 1974 (ilustrasi -- Hadis, muka surat 21). Sulaiman pernah sekali kujumpai melukis kartun seperti tersiar dalam Utusan Kiblat, September 1974 (tidak dipanggil Haji selepas kembali mengerjakan Haji, muka surat 48).
Seorang lain bernama Most MS kali pertama menyumbang kartun dalam keluaran Utusan Kiblat Disember 1973, (Hai… Panjangnya doa Pak Imam!, muka surat 47). Sebuah lagi terbit dalam Utusan Kiblat, Februari 1974 (mengemis sedangkan berpakaian sesuai ke masjid, muka surat 43).
Kartun Rejabhad dalam Utusan Kiblat, Julai 1974, (Kalau jahil dalam agama, bacalah Utusan Kiblat, muka surat 47).
Kartun Sharif Hassan, Utusan Kiblat, Mac 1974 (Utusan Kiblat minat, mengadap Kiblat tidak, muka surat 35)
Nor Zatul, As Abbas and 8 others
1 comment
1 share
Like
Comment
Share

Comments

  • Benar fantastik kajian Dato' Ahmad - sarjana sasterapun Tak banyak peduli bahkan Tak tahu K. Bali .. 
    terbaik
     & teruskan kajian ..
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment