Wednesday, 30 December 2020

 Peristiwa Bersejarah: Ucapan Kedua di Alma Mater

Peristiwa berlaku di SKPN Pengkalan Nyireh pada hari Khamis, 7 November 2019, pukul 9 pagi.
Kepada khalayak, saya katakan, lebih kurang maksudnya,
“Sebenarnya, ucapan ini adalah yang kedua pernah saya sampaikan di sekolah ini. Ucapan pertama atau terdahulu itu disampaikan pada tahun 1963, lebih kurang 56 tahun dahulu. Ketika itu, semasa dalam Darjah 6, saya telah dipilih mewakili keseluruhan murid sekolah untuk menyampaikan ucapan di hadapan hadirin pada Majlis Hari Ibu Bapa tahun 1963. Ucapan itu berjaya disampaikan tetapi dalam keadaan saya menggigil gugup.”
Saya juga katakan, “Saya adalah salah seorang murid terakhir berpengalaman menggunakan “papan sled” dan “kalam batu” ketika mula-mula bersekolah, iaitu pada penggal pertama , Darjah 1, tahun 1958. Pada penggal kedua, kami sudah mulai menggunakan buku tulis dan pensil.”
Lalu saya lanjutkan, “Saya adalah juga salah seorang murid terakhir menduduki peperiksaan memasuki sekolah menengah iaitu pada tahun 1963.
Daripada semua murid dalam Darjah 6 yang mendudukinya di dewan peperiksaan Sekolah Kampung Raja, 8 orang telah lulus - 5 lelaki dan 3 perempuan. Walau bagaimanapun 7 orang meneruskan pengajian di sekolah menengah dan seorang perempuan tidak meneruskan, difahamkan berkahwin awal!
Daripada 7 orang ini, 4 menjadi guru, seorang askar, seorang banker/kontraktor dan saya sendiri, mula-mula sebagai guru dan kemudian Pegawai PTD.”
La Ahmad, La Hami Bin Ahmad and 48 others
4 comments
Like
Comment
Share

Comments

  • Sekurang-kurangnya dua kali saya sebak di pentas.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Dato' Ahmad Said menjadi contoh yang patut diikuti oleh murid2 sekolah tersebut. Saya tabik kepada guru besar sekolah kerana menjemput Dato' Ahmad Said ke sekolah rendah tempat dia pernah belajar dulu.
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Sekolah lama saya 😊
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Sepatutnya..sekolah sekolah menjemput mareka yang berjaya dari sekolah berkenaan untok memberikan suntikan semangat pada pelajar sekolah dimana TOKOH itu pernah belajar berpuluh tahun lalu...TAHNIAH DATO AHMAD SAID..JASA DATO PADA SAYA TETAP SAYA KENANG ..
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment