Wednesday, 30 December 2020

 Rapuh 10/2019: Membelek Pengasuh di Perpustakaan Islam MAIK

Kalau dikira niat asal, waktu untuk ke Perpustakaan MAIK, ialah selepas selesai urusan servis kereta. Ini bermakna, masa bertolak ke perpustakaan ialah pukul 10 pagi, paling cepat, mengandaikan kereta boleh diterima dan diservis dalam tempoh dua jam. Rupa-rupanya, bengkel servis kereta yang satu-satunya ada di Kota Bharu untuk jenis keretaku itu sudah tiada lagi. Tugas menservis kereta itu terpindah ke bengkel yang khusus terletak di Kuala Terengganu. Demikian diberitahu kepadaku oleh seorang staf yang bertugas di syarikat baru dan lain yang mengambil alih premis asal itu. Lalu dengan sedikit kesal aku meninggalkan premis itu menuju Kompleks Tahfiz di Panji, tempat terletaknya perpustakaan. Belum pun pukul 9, aku sudah memasuki pagar kompleks dan meletak kereta di parkir terbuka yang disediakan. Tiada masalah ruang kerana memang pun tiada orang awam yang datang di situ, apalagi seawalku.
Aku menselesakan diri di bilik air. Ini perlu diutamakan. Perut sendat berisi ‘pulut kacang pagi kelapa parut’ dan Teh O ketika bersarapan sebelum meninggalkan rumah tempat menginap di Kampung Pendek harus dilegakan. Masa sepenuh hari telah kuluangkan untuk menyambung selongkaran maklumat dalam majalah-majalah Pengasuh terbitan tahun 1928 dan 1929. Dalam kunjungan pertama, beberapa bulan dahulu, aku telah membelek rapi semua majalah Pengasuh Jilid satu sampai ke Jilid 26.
Ruang utama perpustakaan tidak perlu dijenguk kerana majalah Pengasuh tersimpan di ruang yang tertulis “Bilik Komputer”!. Ketika aku tiba di depan pintunya, staf yang pernah membantuku ketika datang dahulu ada di meja ruang depan. Seorang staf lain, duduk di meja dalam satu ruang lain yang boleh dimasuki melalui satu pintu lain. Staf yang kukenali itu, ingat-ingat lupa terhadapku. Lalu kuimbaukan kunjungan pertama dahulu lantas dia dapat mengutip peristiwa berkenaan.
Masa tidak mengejar. Aku tidak perlu tergesa-gesa. Kami bertiga berbual-bual ringan. Aku lebih banyak bercakap, dan mereka pula sudi bertanya – tentang diriku dan “ke’giler’anku terhadap buku-buku. Dengan bantuan galeri henfon, di samping ‘dokumen’ lain, banyaklah kutayangkan kegileran itu. Tentu mereka yakin aku tidak mereka-reka cerita. Ceritaku adalah cerita benar. Cerita seorang pesara yang tetap kekal ketagihan buku. Tanpa kerjaya pun luang yang terbuka menggera aktiviti yang mengasyikkanku itu. Seakan inilah kerjaya baruku.
Aku menelaah sumber. Hampir 1 tengah hari rencana-rencana hendak difotostat telah ditanda nyata. Dengan begini, staf perpustakaan akan mudah dan pantas melakukan kelak. Memang aku harus membantu kelancaran proses pemfotostatan itu.
Pada pukul satu tengah hari aku meninggalkan Kompleks Tahfiz untuk makan tengah hari di luar. Tempatnya tidak berjauhan. Sudah kurancangkan untuk makan Nasi Kak Wok di jalan menuju Pengkalan Chepa, hanya setengah kilometer dari situ. Ketika aku tiba di restoran, pelanggan tidak seberapa. Aku segera mendapat habuan yang dipesan. Seketika kemudian pelanggan mulai sampai agak ramai. Mereka kena beratur seketika sebelum mendapat giliran memesan makanan yang sama. Memang di situ orang makan Nasi Kak Wok.
Tidak lama aku makan di situ. Barangkali 25 minit kemudian aku meninggalkan meja makan, pergi membayar di tempat membuat pesanan tadi. Wanita yang sama juga jadi kasyier, sungguhpun ada dua lagi pekerja di ruang menerima pesanan atau membungkus untuk pesanan membawa pergi.
Untuk balik ke Kompleks Tahfiz perjalanan adalah lebih jauh. Aku perlu membuat pusingan U. Secara perbandingan jarak perjalanan balik adalah tiga kali lebih jauh.
Ketika balik semula di perpustakaan, staf bertanya tempat aku makan tadi. Apabila kuberitahu, beliau menyatakan dahulu harga sebungkus nasi di situ RM4.50 tetapi telah bertambah kini menjadi RM5.00. Tidak sangat kuperasan tadi kerana wang besar diberikan untuk memecahkannya agar menerima baki dalam mata wang yang lebih kecil. Tetapi yang harus disedari, kalau pun aku tidak kisah tentang RM5, peningkatan harga 50 sen itu kutafsirkan sangat signifikan kepada staf itu atau mereka yang setara beliau. Sekurang-kurangnya itulah yang terdetik dibenakku.
Sesi petang di perpustakaan itu kumanfaatkan dengan menandakan sejilid lagi Pengasuh, terbitan awal selepas Perang Dunia Kedua. Dalam ‘28’ keluaran yang terkumpul dalam satu jilid itu, Bilangan 1 Tahun 22 tidak termasuk di dalamnya. Jilid itu bermula dengan Bilangan 2 Tahun 22. Sementara itu beberapa bilangan lain, bilangan-bilangan 7, 11, 20, 21, 24 pun tercicir. Tentulah pihak perpustakaan (atau MAIK sendiri) tidak mempunyai naskhah-naskhah asalnya!
Jam sudah pukul 3 petang. Dua staf bergilir memfoto rencana-rencana yang telah kutanda. Aku yang berdiri disisi memandu mereka dari segi jilid-jilid dan halaman-halaman yang diperlukan. Kerjasama ini menjadikan urusan itu tidak terlalu menyusahkan. Bagiku kos 10 sen sehalaman untuk 89 helai maklumat yang akhirnya terkumpul memenuhi keperluanku tidak boleh dikira mahal. Dan lebih penting lagi staf-staf itu dengan tekun membantu. Khidmat mereka sangat-sangat kuhargai.
Aku solat Asar berjemaah di Surau kompleks. Selesai solat, beberapa orang anak tahfiz dan lain-lain yang sempat kusalami menyambut tanganku dengan amat tertib, seakan aku seorang 'tuan guru'! Aku lantas pulang melalui pusat bandar. Sedikit kesesakan dialami kerana ketika itu waktu pekerja-pekerja pulang dari pejabat.
Apa pun, R, isteriku, belum lagi selesai urusannya tadi. Beliau akan menyambung misi balik kampungnya dengan berurusan di Kota Bharu esok. Tidak melibatkanku. Atur caraku berasingan. Tidak sukarpun menelahnya. Aku akan berkunjung lagi ke Perpustakaan Islam MAIK. Jilid-jilid Pengasuh yang belum ada dalam koleksi peribadi itu akan kubelek lagi.
Image may contain: Ahmad Said, sitting and indoor
La Hami Bin Ahmad, Zulkifli Salleh and 56 others
16 comments
2 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Keluaran tertua Pengasuh yang pernah ada dlm simpanan saya keluaran tahun/jilid ketiga & keempat (1920 & 1921) lengkap berturutan 48 keluaran (terbit dwibulanan). Semua dlm kondisi masih cantik, terjaga rapi...
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
    • Edited
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Ya, Saya like dulu posting Datuk utk sambung susuli persoalannya;
    Pertama memang MAIK sendiri dikesalkan tidak menyimpan semua jilid naskah PENGASUH (dimaklumkan bekas editor/Pengarangnya di suatu majlis & beliau Ust. Abd Razak Mahmod sedang sakit di HUSM ..);
    Jika kesempatan kajian Datuk Ahmad Said ialah seorang Penulis Esei/ rencana umum memakai nama: Muhamad bin Muhamad Taib @ Hj Zakaria Hj Taib ialah Datuk kpd pengarang Mohd. Affandi Hassan; arwah jugà qori yg jadi guru kpd Hj Ahmad Maasom Pergau Johan tilawah Antarabangsa pertama; Hj Zakaria @ Muhamad bin muhd Taib juga ialah guru Maik pertama di Pasir Mas .. kepengarangan arwah Datuk Mohd Affandi ini barangkali pada tahun2 30-an hingga 40-an Dan ayahndanya Hj. Taib ialah pengasas masjid atToyibbah Seberang Pasir Mas Salor yg jadi sahabat baik arwah Tok Kenali 3 Serangkai terutama Tok Perdana & Tok Laksema (Hj Taib juga pendekar silat Hulubalang alSultan Kelantan ..)
    Terima kasih banyak atas perhatian Datuk Ahmad .. jika masih Ada di Pendek Saya boleh pergi jumpa Datuk Hari ini
    • Like
    • Reply
    • 1 y
    • Leo Aws
       Saya di Perpustakaan Maik di Panji. Bolehlah datang, kita berjumpa. Wassalam.
      • Like
      • Reply
      • 1 y
    • Ahmad Said
       tq. Dato' jika Tak masalah WhatsApp no. Tell Dato' kpd Saya: 018 9424871..
      Saya Ada Hal sehingga lepas Zohor ..
      • Like
      • Reply
      • 1 y
    • Leo Aws
       013-3801414
      • Like
      • Reply
      • 1 y
    • Ahmad Said
       tq .. Dato' atas sebab Tak dapat elakkan, elok saja Kita jumpa pagi esok bersarapan di mana2 kedai makan jln bawah Salor @ lebuh Raya Jambatan Pasir Mas .. Saya boleh sebut restorannya @ pilihan Dato' sendiri .. seraya berborak kajian sastera puisi dll
      Terima kasih Dato'
      • Like
      • Reply
      • 1 y
  • Dekat umoh ambo ni Dato
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • ....msh utuh dgn semangat membaca....dan...terus membaca...tahniah dato.....
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Wahhh..boleh diikuti ketegaran Dato kpd buku..ambo pun meminati mjlh Pengasuh nih..
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Assallamuallakum Datuk Pak Teh. Mad berapa hari ada Kota Bharu? Free. Mari jln karumah lah ,call dulu ya!!!
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment