Wednesday 30 December 2020

 Aksara Melayu

Kelmarin, 18 November 2019, Isnin, seorang pekedai runcit di Kompleks Medan Niaga MBPJ bertanyaku tentang aksara bahasa Melayu. Tersentak dan kurang pasti aku jawapannya. Pada pandangannya bahasa Melayu mempunyai aksara asalnya yang tersendiri. Namun, ribuan tahun ia telah hilang sampai yang digunakan sekarang adalah bukan milik sendiri. Dianjurkan beliau aku mengkaji persoalan yang dikemukakan itu. Tentulah tercetus kerana aku tidak pasti pensejarahan bahasaku sebenarnya.
Peruncit ini bukan calang-calang orang. Perbualan lebih kurang dua jam (ya, 2 jam), mengisi masa terluangku sambil menunggu selesainya urusan lain, menimbulkan persefahaman di antara kami yang bakal berterusan, insya-Allah.
Ketika di rumah aku seperti lazimnya meneruskan belekan harian bahan-bahan bacaan dalam koleksi. Lalu terlintaslah sebuah sajak berusia 150 tahun karya Jose Rizal berjudul “Sa Aking Mga Kababata” (dicipta di Kalamba pada tahun 1869), yang diterjemahkan oleh Amdun Husain. Sajak lima rangkap ini menarik perhatian kerana ia mengingatkanku kepada perbualan dengan peruncit luar biasa itu.
Sekadar mengaitkan dengan persoalan yang dinyatakan, aku petik, dua rangkap terakhir sajak itu:
“Seperti bahasa Latin, Inggeris, atau Sepanyol
Bahasa Tagalog juga bahasa yang luhur;
Kerana maha arif mengawasi makhluk-Nya
Tuhan mengurniakan bahasa itu kepada kita.
Seperti bahasa lain, bahasa kita juga
mempunyai aksara serta hurufnya,
Tetapi sayang, kerana digempur ombak gelombang
Telah hilang di laut, dari lancar nenek moyang.”
(Sumber: Abdul Ahmad, ““Bahasa Hati Nurani” dan Peranan Sasterawan” (Daripada Editor), Dewan Sastera, September 1992, muka surat 4).
No photo description available.
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 22 others
4 comments
Like
Comment
Share

Comments

  • Buku-buku yang dihadiahkan kepadaku bernilai RM671.90. Semuanya masih berbalut dalam plastik. Bermakna masih sangat baru jika dibuka balutan itu. Sungguhpun tidak ditayangkan semuanya di sini, dapatlah dibayangkan betapa bertuahnya aku memperolehinya. Aku tidak perlu mengeluarkan wang. Ia PERCUMA, termasuk harga dua beg plastik mengisikannya untuk dibimbit pulang. Peruncit itu berseloroh, “Kalau mahu, bayarlah harga beg plastik itu, @20 sen!”
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment